Skip to main content

JALAN JALAN DI MELAKA

Perancangan asal kami nak ke Pulau Pinang
tapi terpaksa ditukar atas masalah teknikal gitu...
yang mudah kami pilih Melaka walau dah byk kali jugaklah dulu kami ke sini...
*nak masuk dlm entry pon lemau...no mood! gitu...hihi..*


THE EXPLORER HOTEL
No 1, Jalan Plaza Merdeka
Tel : 06 2882662/2668


Hotel  3 bintang saje...ada 143 bilik saja...bilik pon kecik tapi bersih...kedudukan yg sangat strategik.... berdepan dgn Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan...so nak naik beca...Muzium Samudera...Melaka Duck Tour...River Cruise...kedai cenderahati...jalan kaki je....
sebelahnya ada Mahkota Parade kalau nk beli belah atau tonton wayang...depannya pon ada pusat beli belah Megamall Dataran Pahlawan yg besao gedabak...ada panggung wayang jugak.
..food court...restoren...Seven Eleven...dan night market....semua dekat situ...

Parking free dalam building...
dalam bilik ada heater, hair dryer, TV, mini peti ais, peti keselamatan, cerek eletrik & wifi percuma...breakfast tak de...kolam renang pon tak ada...kecik pon kecik lah...yang penting ditengah bandar...kami cuma nak tido je...

Mujur kami cepat....bilik penuh...padahal esoknyanya baru start cuti sekolah...




kat lobby

Kat tingkat 2

Tingkat 2 juga

Tingkat 2 juga

Tingkat 2

Kami menginap 3H 2M...Rate RM208 hari ke3 cuma perlu bayar RM188
apa-apa tipon dulu utk dapatkan harga terkini bergantung jenis bilik


RIVER CRUISE

5 tahun lepas kami ber'cruise' waktu siang...jadi kali ni kami pergi waktu malam pulak.
tiket dewasa RM10 tapi kali ni dia bagi lagi diskaun 20% so kami bayarlah RM8 seorang
kanak-kanak tetap RM5.




perkampungan Morten

ZOO & NIGHT SAFARI

Macam biasa le...tempat tinggal haiwan-haiwan

zoo : 9 am- 6pm daily
Night safari : 8pm-11pm daily
Tiket dewasa RM15 kanak-kanak RM6

*maleh aiihh nak upload gambo*

Perengus orangnya...hihiii


INDOOR GO KART
Hang Tuah Mall
RM30 seorang utk 30 pusingan...

Dah puas melayan adiknya..anak-anak bujang  nak main go kart...pusing depan zoo tu ruper-rupernya dah berpindah ke Hang Tuah Mall...pandu arah situ guna GPS je... kat tempat parking dlm bangunan...ada paintball...okey la tu....kebetulan hujan..layanlah pulak anak bujang...


 bukan hari cuti jadi tak ada orang...
seronoklah dorang...almaklum pestime bawak kete...
tak lah malu kalau terbabas...hihiii...



TAMING SARI
tiket dewasa RM10 kanak2 RM5





WONDER WONDERLAND

Parking : RM5
tiket : Dewasa (RM26) kanak-kanak (RM20)-hari biasa
Dewasa (RM30) kanak-kanak (RM25) -hujung minggu
kanak-kanak bawah 90cm Free

Tak de apa sangat kat sini...cuma tempat bermandi mandi...
ada pameran Dinosour tapi setakat gitu..amik gambar je...banyak yg tak siap lagi...(kami tak masuk pon,,,tgk dari luar...terima kasihlah dik bagitau kami tak perlu masuk..rugi je katanya....)

ada dirty go kart...paintball...tempat mandi so tak payah jauh-jauh ke A famosa...kononnya nak bawak si kecik ni mandi...tapi takut makin melarat batuk dan sesemenya...kesian pulak...






TAMAN BUAYA
Tiket : Dewasa RM15, Kanak-kanak RM12

aduhaiii...tak de apa-apa sangat dalam tu...mcm rugi je...sesiapa nak ke sana hati-hati sikit...sebab ada monyet liar...anak bujang daku hampir kena kejar..lintang pukang dia lari...hahaha...si kecik ni kata, "abg zerul macam Oggy je"...hihihiii...
ada tempat mandi jugak rupernya....baru ke memang dah lama ada? 


                                      
Taman Mini


PANTAI KLEBANG

Dari jalan besar ...dari jauh kami nampak deretan bas...
ingatkan ada rombongan cik kiah...ruper-rupernya bas-bas lama...
kreatif jugak ek...dptlah anak-anak tengok bentuk bas oldskool dulu-dulu
salah satu basnya di buat public toilet...
tak pastilah ada ke tempat membuang tu...
dari luar nampaklah sinki & kepala paip





huhuhuu...ada tragedi yang berlaku di sini...
nak tahu apakah citernya...silalah klik sini ye ----->http://hello-zura.blogspot.com/2013/11/tragedik-november-di-bumi-melaka.html
maceehhh...



BUAH TANGAN

Atas sekali cencalok sotong ...yg bawah tu cencalok udang le macam biasa..
ready to eat...so tak yah susah payah nak potong bawang, potong lada, perah limau...
siap dah semua tinggal tuang dlm mangkuk...pedas menyengat tapi osem sedap bg yg suka cencalok ler...

Dodol gula melaka tu..wallahhh...lembut giler...sedap sungguh..
belah kiri tu wajik sirat...pon lembut....sodap!.


Nak tahu kami makan di mana.... klik sini ---->http://hello-zura.blogspot.com/2013/11/misi-mencari-makan-di-melaka.html

Check out kami nak bergerak ke I-City Shah Alam pulak.




Comments

  1. Selamat cuti !

    Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara