Skip to main content

PERKARA YANG PERLU DILEPASKAN UTK HIDUP BAHAGIA


Setiap orang mempunyai satu matlamat yang sama dalam hidup iaitu untuk hidup bahagia. Faktor sebenar yang menghalang kita daripada mencapainya adalah diri kita sendiri. Sedar tak sedar kita terlalu menghadkan pergerakan kita hanya kerana kita pernah melalui pengalaman buruk. 


Berhenti membuat perkara menjadi rumit dan jalani kehidupan seperti biasa. Lihat senarai di bawah perkara-perkara yang anda perlu lepaskan untuk hidup bahagia. 

Pandangan orang Lain 
Kenapa perlu kisah tentang pandangan orang lain? Jika anda yakin dengan keputusan anda, tiada siapa boleh menghalang anda. Cuba anda fikirkan, jika anda berhenti membiarkan pendapat orang lain mengatur cara kehidupan anda, anda mampu mencapai kebahagiaan sebenar. 

Kemarahan/kebencian 
Kemarahan boleh memberi kesan teruk kepada diri anda secara mendalam daripada kemarahan akan timbul kebencian dan seterusnya anda menyimpan dendam. Belajar untuk memaafkan dan berdamai secara elok. Ingatlah, Memaafi bukan bererti anda lemah. Ia bererti anda seorang yang kuat menentang amarah. Percayalah, kehidupan akan menjadi lebih mudah apabila anda belajar untuk menerima permohonan maaf. 

Negativiti tentang bentuk badan anda 
Hanya satu sahaja pendapat orang yang perlu anda ambil kisah iaitu diri anda sendiri. Jika anda selesa dengan bentuk badan anda, cara pemakanan, warna kulit, warna rambut dan sebagainya, teruskan. Jangan terlalu mengambil perhatian tentang perkara negatif yang di lontarkan. Paling penting, jangan biarkan orang lain memberitahu bahawa anda tidak cantik. Kecantikan bukan setakat pada luaran sahaja. Ia perlu mula dari dalam. 

Mencari pasangan hidup yang sempurna 
Setiap manusia di lahirkan dengan pelbagai ketidak sempurnaan. Tiada siapa di dunia ini yang dilahirkan sempurna. Belajar menerima kekurangan orang lain dan yakin bahawa ialah yang terbaik untuk anda. Bagi anda yang masih tidak mempunyai teman hidup, jangan berasa tertekan. Jodoh pasti akan datang satu hari nanti. Bersabarlah. 

Kehidupan sempurna 
Sama seperti tidak ada pasangan yang sempurna, tidak ada juga istilah kehidupan sempurna dalam dunia ini. Kehidupan umpana roda yang berpusing. Kadang kala kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Bersyukur dengan rezeki yang di terima. 

Berangan untuk menjadi jutawan
Terlalu ramai di antara kita yang hidup dengan angan-angan menjadi jutawan. Walaupun ia boleh menjadi satu matlamat yang realistik bagi sesetengah orang, ia bukanlah sesuatu yang boleh di capai tanpa dedikasi dan usaha. Berhenti membiarkan wang menjadi motivasi pertama anda. Cari kerjaya yang betul -betul kena dengan jiwa anda dan gembira bekerja disitu. 

Rezeki tidak akan datang bergolek 
Berhenti berharap duit akan jatuh dari langit. Anda perlu keluar dari dunia fantasi dan usaha mencari kebahagian. Anda tidak boleh sahaja duduk dan berharap rezeki datang kepada anda. Hargailah kehidupan yang anda perolehi. Bersyukur sahaja anda masih mempunyai rumah untuk berlindung, ada lagi manusia yang hidup merempat di tepi jalan. 

Alasan
Jangan buang masa memberi alasan. Anda ingin bersenam di Tasik Shah Alam tetapi anda tidak mempunyai masa? Bangun awal dan keluar sebelum matahari terik. Alasan membuatkan anda berasa anda lega anda tidak perlu melakukannya. Anda inginkan sesuatu? Berhenti memberi alasan dan mulakan usaha. 

Kenangan bersama kekasih lama 
Anda tidak boleh memulakan kisah baru dalam kehidupan anda jika anda masih membawa kenangan silam bersama. Jangan terlalu memikirkan kenapa hubungan anda berakhir, Sebaliknya bangkit dan teruskan mencari teman baru. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. 

Kedegilan & ego anda 
Anda sangat mencintai seseorang tetapi anda tidak mahu tunjuk kepadanya. Sehinggakan dia pergi meninggalkan kamu. Dan akhirnya anda sendiri yang kecewa dan tidak mahu lagi percaya cinta.

Sumber : Tupai.com.my




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...