Skip to main content

KERANA MULUT BADAN BINASA

Rakyat kita dipenjara hina bendera Indonesia

Jakarta: Seorang rakyat Malaysia dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Daerah Dumai semalam selepas didapati bersalah menghina bendera Indonesia.

Panel hakim mendapati Broderick 'Achin' Chin Teck Fui bersalah melanggar Perkara 154 Kanun Jenayah kerana menghina atau menunjukkan permusuhan atau kebencian terhadap kerajaan Indonesia.

Achin, pengurus operasi PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia, juga didapati bersalah melanggar Perkara 66 Undang-undang No. 24/2009 terhadap bendera negara, bahasa, lambang dan lagu kebangsaan, lapor akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Post semalam. 

Kejadian berkenaan berlaku pada 16 Ogos lalu apabila kakitangan syarikat itu menyediakan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Achin bertanya kepada orang bawahannya sama ada mereka mempunyai bendera baru.

“Jika kamu tidak mempunyai bendera baru, gunakan saja seluar dalam putih saya. Untuk merah, kamu boleh minta daripada isteri saya,” Achin dilaporkan memberitahu pekerjanya.

Kata-kata bermaksud jenaka

Kata-katanya itu yang bermaksud sebagai jenaka, dilaporkan kepada Majlis Kota Dumai dan didedahkan media.

Polis menahan Achin beberapa hari kemudian selepas mendapat tekanan awam dan didakwa di mahkamah, lapor akhbar berkenaan. - BERNAMA

Sumber : BERITA HARIAN sabtu 7 dis 2013


==============================================

Orang tua dah pesan dah... 

kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

kicap bukan sebarang kicap
kicap datang dari Melaka
cakap jangan sebarang cakap
nanti kaki naik ke muka
kan dah kena penjara

masuk rumah orang kenalah jaga adab...
jaga tutur bicara..jaga kelaku
pandai-pandailah bawak diri
sadar diri di mana berada
kalau kat umah sendiri nak cakap apa lantaklah situ
nak letak kaki atas meja sapa pon tak marah...
ikut suka lah kan.....rumah sendiri kan...
almaklum nak buat apa nak kata apa...ada hak kan kononnya...



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...