Skip to main content

GAYA UMUR 40-AN

gambar hiasan saje...

Apabila dah mencapai umur 40-an, tak de lagi dah istilah must do atau must wear, dan tak perlu terlalu mengikut aliran fesyen. 

Yang perlu diketahui adalah bentuk badan sekarang & bagaiman rupa bila mengenakan itu dan ini.

Penampilan perlu yakin dan lebih tertib dengan ambil kira budaya dan elak pandangan negatif masyarakat.

Bergaya ringkas adalah paling sofistikated.

Bagaimanapun, wanita berusia begini masih bebas mencuba gaya TETAPI ada batasan perlu dijadikan panduan.

Baju sendat
Perlulah dielakkan sama sekali. Lebihan isi yg terbentuk apabila semakin meningkat usia akan lebih jelas kelihatan. Hanya satu pengecualian - gaun petang atau gaun koktel

Seluar kulit sendat dan skirt pendek
Ia amat tidak sesuai kerana akan menyerlahkan bahagian tubuh yg semakin dimamah usia. HANYA mereka yang berkaki lurus ramping tanpa ada lebihan lemak saja yang cantik menggayakannya.

Baju berlapis
Hanya kerana tidak sopan berbaju sendat, ia tidak bermakna anda kelihatan elok mengenakan baju berlapis. Seeloknya cari pakaian yg muat badan atau ditempah khas utk anda.

Denim kaki lebar
Seluar kaki kembang hanya sesuai utk sesetengah bentuk tubuh saja, tak kira berapa usia pun.
Jika ia tak padan dgn gaya akan merosakkan penampilan anda. Jadi lebih baik jauhi seluar denim berkaki lebar

Barang kemas sarat
Baju beralun dan barang kemas yg sarat bukan lagi gaya individu usia 40-an. Sebaiknya bergaya secara ringkas tapi elegan utk menyerlahkan kematangan anda.

Berkilau
Elakkan kilauan sama sekali dalam mekap,aksesori atau pakaian. Jangan jadikan tubuh anda bagai patung utk menggayakan fesyen muda mudi.


Ini sebagai panduan saja ye...berpakaian biar sepadan usia...tau dah semestinya kena tutup aurat...sekali lagi ini sebagai panduan sahaja bagi yang ada niat nak memakainya...atau yg masih mengenakan cara pemakaian macam tu...
(kena tulis stetmen ni..sbb daku ada g satu blog ni...blogger tu adalah buat entry pasal cara pemakaian & cara solekan yang patut dielakkan...abis tak pasal-pasal kena ceramah agama...padahal boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ada niat nak buat gitu...atau yang masih buat gitu...mudah-mudahan manalah tau bila terbaca dorang berubah atau tak jadi buat gitu...payah kan bila ada orang nak tunjuk pandai...suka buruk sangka...semua perkara nak dijadikan isu bukannya nak dijadikan ilmu...)










Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara