Skip to main content

9 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT



1.Berkata-kata dengan sengaja

Kata-kata dimaksudkan selain daripada bacaan AlQuran, doa & zikir. Kata-kata dianggap yang membatalkan solat ialah kata-kata yg mengandungi dua huruf atau lebih walaupun tidak memberi apa-apa pengertian. Turut terbatal dgn satu huruf yg mempunyai makna.


2. Melakukan perbuatan yg banyak

Dimaksudkan ialah pergerakan yg banyak dan berturut-turut selain drpd perbuatan solat kerana ia bertentangan dgn peraturan solat. Ukuran perbuatan banyak yg membatalkan solat ialah 3 kali pergerakan dan lebih.


3.Terkena najis pd pakaian atau badan

Syarat sah solat ialah suci badan dan pakaian drpd najis.
Apabila najis kena mana-mana bahagian pakaian atau badan orang bersolat, solatnya batal jika najis itu tidak dibuang dengan segera.

Namun, jika terkena najis yg ditiup angin dan sebagainya serta dapat dibuangkan dengan segera kerana najis itu kering, solat berkenaan tidaklah batal.


4. Terbuka aurat

Seseorang dengan sengaja membuka auratnya ketika solat walaupun sedikit batal solatnya tanpa pengecualian.

Namun jika auratnya terbuka tanpa sengaja solatnya tidak terbatal apabila ditutup segera. Sekiranya lambat ditutup, solatnya batal.


5. Makan atau minum

Seseorang melakukannya walaupun sedikit samada secara sengaja atau tidak, disengajakan batal solatnya.  Apabila menelan larutan gula yang ada dalam mulut, solatnya juga batal.

Ulama fiqah menganggarkan kadar banyak itu ialah apabila kadar keseluruhannya menyamai sebiji kacang putih. 

Namun solatnya tidak terbatal jika tertelan air liur yang bercampur sisa makanan yg terselit dicelah gigi sekiranya tidak sampai kadar berkenaan.

6.Berhadas sebelum salam yg pertama

Jika berhadas selepas salam pertama dan sebelum salam kedua, solat itu berakhir dengan sah kerana telah melepasi satu daripada syarat sah kerana sempurna semua rukunnya.

Jika sebelum salam pertama, batal solat.


7. Berdehem, tertawa, menangis dan mengerang jika terkeluar dgn jelas bunyi dua huruf drpd setiap perbuatan itu.

Apabila berlaku dgn sengaja hingga nyata bunyi dua hurufnya walaupun tidak difahami, maka batal solatnya.

Namun solat tidak batal jika ia sedikit saja dan hanya terdengar satu huruf atau tiada huruf yg terkeluar.

Demikian juga solat tidak terbatal jika berlaku secara terdesak seperti terbatuk secara tiba-tiba. Dalam hal ini tersenyum tidak membatalkan solat.

Zikir dan doa akan membatalkan solat apabila ditujukan kepada seseorang seperti menyebut 'yarhamukallah (bermaksud: semoga Allah merahmati kamu) kerana ia dianggap percakapan sesama manusia yg tidak wajar dicampur dlm solat.


8. Berubah niat

Iaitu membuat keputusan utk keluar drpd solat atau akan berhenti solat kerana sesuatu sebab seperti kedatangan seseorang. Maka terbatal solatnya.


9. Membelakangi kiblat.

Samada disengajakan atau dipusing oleh orang lain secara paksa, batal solatnya.

Dalam keadaan sengaja solat terbatal serta merta. Dalam keadaan yg dipaksa, solatnya batal jika dia terus membelakangi tanpa segera menghadap kiblat.



Sumber : Al-Fiqh al-manhaji. Mazhab Syafie




Comments