Skip to main content

SWEDEN LET THEM GO!





ANTARA HAK ASASI, AJARAN AGAMA DAN PERTEMBUNGAN 'BUDAYA'

Atas nama pelindungan hak asasi manusia, pasangan suami isteri, Azizul Raheem Awalludin, pegawai Pelancongan Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Norshal seorang guru yg mengambil cuti tanpa gaji utk mengikut suaminya, ditahan oleh pihak berkuasa Sweden atas kesalahan 'memukul' anak mereka kerana tidak solat. Anehnya, suami yg sedang bekerja di pejabat juga ditahan ketika isterinya didakwa 'memukul'. Mereka juga langsung tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anak dan tidak dibenarkan sesiapa juga berjumpa dengan mereka. Anak-anak mereka telah diserahkan sementara kepada keluarga angkat yg bukan beragama islam.

Untuk pengetahuan, Sweden pernah mempunyai undang-undang yang bukan saja membenarkan anak dipukul tetapi isteri juga dipukul. Pada 1920 an, satu undang-undang dikenali sebagai 'Husaga' di negara itu membenarkan ketua keluarga memukul isteri, anak dan orang gaji mereka. Sehingga 1958, guru di negara itu masih dibenarkan memukul murid sehinggalah undang-undang melindungi kanak-kanak diperkenalkan pada 1979.

23 negara Barat mempunyai undang-undang khusus yg melarang ibu bapa menyentuh anak mereka walaupun bertujuan utk mendisplinkan anak. Sweden adalah negara pertama memperkenalkan undang-undang tersebut.

Begitupun, tidak semua negara Barat mengikuti jejak Sweden. United Kingdom masih membenarkan ibubapa memukul anak mereka dengan tujuan mendidik, manakala Amerika Syarikat tidak menghalang ibu bapa berbuat demikian di rumah mereka.

Inikah yang dinamakan prinsip kebebasan? di mana hak asasi manusia yg diperjuangkan? bagaimana dgn hak kanak-kanak terbabit? untuk menemui ibu bapa mereka serta tinggal dengan keluarga seagama.


Sabda Rasulullah,
"Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat bila dia berumur 7 tahun 
dan 
pukullah dia bilamana tidak mahu mengerjakan solat ketika berumur 10 tahun dan 
pisahkan dari tempat tidur."

-Riwayat Ahmad dan Abu Dawud-



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara...