Skip to main content

* DRAMA "AYAH,KUBUR MAK MERAH LAGI"





Petang semalam ada tertengok drama terbitan Suhan..ala Rosyam Noor punya tu...tajuknya  "Ayah,kubur mak masih merah lagi"...tak tahulah citer baru ke lama...jap ye...ku goolgle jap...sahlah memang citer lama...ku je yg tertinggal bergerabak-gerabak keretapi...hihihi...

Kisah si ayah yg baru kematian isteri...anak-anak bertelingkah...bukan bertelingkah pasal harta tapi paksa si ayah ikut dorang...sebab tak de siapa yang akan menjaganya. Si ayah mestilah berkeras tak mahu. Tapi tengok citer tu dia ada seorg anak perempuan...tapi tak pasti menantu ke anak...tapi yang peliknya kenapa dia tak tidur situ sebaliknya lepas tolong uruskan si ayah dia balik tumpang duduk rumah Kak Ton (seorg janda muda yg duduk hujung kampung)...

Akhirnya si ayah membuat keputusan utk berkahwin lagi.
Keputusan ayah itu ditentang hebat semua anak-anaknya. Dengan alasan kononnya malu dgn org kampung sebab arwah mak dorang baru je meninggal tapi ayah nak berkahwin lagi. Bermacam-macam tuduhan yang dilemparkan pada si ayah, dah lupalah, tak sayang mak lagilah. Sedangkan si ayah, selaku org tua berpandangan jauh terpaksa berbuat demikian demi menyenangkan semua pihak terutama sekali dengan seorang anak perempuannya yg sedang sarat mengandung yang telah ditinggalkan suami. Dan anak itu rupanya hanyalah seorang anak angkat... patotlah pon..dia tak duduk sekali...bukan muhrim.

Pengajaran di sini, kita sebagai anak jangan hanya memikir kesenangan diri sendiri saja, sehingga memaksa org tua mengikut acuan kita...ye la..kan senang bawak si ayah duduk bersama, jadi tak yah nanti susah-payah nk menjenguk di kampung...ye tak?
Letak diri kita pada situasi si ayah, bayangkanlah dah berpuluh-puluh tahun di situ...dah tentu banyak memahat kenangan suka duka...mana boleh ditinggalkan...pandang situ teringat kisah ini...pandang sana teringat kisah itu...sebagai anak kenalah faham dan peka..
andai kata perkara ini terjadi pada kita, berfikirlah secara rasional.







Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara