Skip to main content

* CARA MENENTUKAN WAKTU SUBUR


penting bagi setiap wanita untuk mencatat
hari pertama datang haid pada setiap bulan
jangan lupa tu..


Lazimnya *ovulasi berlaku 12 hingga 14 hari sebelum kedatangan haid. Ovum yang dikeluarkan hanya hidup selama 48 jam manakala sperma dapat hidup selama 4 hingga 5 hari di dalam organ reproduktif wanita.

*Ovulasi ialah  telur ovum yg matang dilepaskan dari ovari dan akan bergerak ke tuib fallopian untuk disenyawakan.

Agak sukar untuk mengenal pasti secara tepat tempoh ovulasi setiap wanita.

Bagaimanapun, jangkaan tempoh ovulasi boleh ditentukan melalui beberapa cara :

1. di antara 12 & 14 hari sebelum haid yang akan datang.

2. kehadiran cecair serviks yang jernih & melekit (spt putih telur yg mentah).

3. suhu badan naik sedikit ketika ovulasi.

4. mengikut kitaran haid.

5. peningkatan hormon LH (luteinizing hormon).

Peralatan ini mengukur tahap hormon melalui air kencing, jika ada peningkatan LH, kemungkinan besar ovulasi akan berlaku dalam tempoh 24-48 jam. Peralatan ini boleh digunakan sendiri di rumah.
    

Mengukur Kitaran Haid

Perlu diperhatikan terlebih dahulu kitaran haid selama sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut.

Satu kitaran haid ialah bilangan hari diantara hari pertama kedatangan haid (PKH) pada sesuatu bulan dgn hari PKH pada bulan seterusnya.
    
Untuk menentukan hari pertama kemungkinan subur:
                       kitaran haid yg terpendek tolak 18 hari

Untuk menentukan hari terakhir subur
                       kitaran haid yg terpanjang tolak 11 hari

sebagai contoh:
jika haid terpendek 28 hari;             28-18=10
jika haid terpanjang 31 hari;            31-11=20

Dengan itu hari-hari subur ialah hari ke 10 hingga hari ke 20 dari hari pertama haid.(mula kira dari hari pertama datang haid)

Hari-hari lain adalah tidak subur. Jika ada perbezaan terlalu besar antara kitaran terpendek & terpanjang berdasarkan formula di atas, bilangan hari tidak subur menjadi terhad.

Formula ini adalah anggaran dan tidak dijamin 100 peratus. Walau apa pun jangan lupa, isu kesuburan itu adalah ketetapan Allah jua.




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...