Skip to main content

YANG KE 17 TAHUN, OUR SWEET SEVENTEEN










Hari ini 24hb Februari adalah Ulang Tahun Perkahwinan kami yg ke 17. 
Segala pahit maung, suka duka, bergaduh berselisih pendapat, susah dan senang kami harung bersama demi mempertahankan rasa cinta dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. 

Bukan senang tu, sebab kami sangat sangat berbeza dari perwatakan. Kiranya kami memang tak ada persamaan langsung. Mesti orang kata bohonglah...tapi itulah realitinya. Apa yang kita suka dia tak suka...apa yang dia tak suka memang kompom kita tak suka jugak...hihihi...macam magnet utara dgn magnet utara...menolak je...ada masanya daya kesabaran perlu diletakkan pada tahap tertinggi melampaui sempadan, tapi dah namanya jodoh...mungkin juga kami bersesuaian & serasi dgn cara macam tu.

Aku dilahirkan pada 24 hb Januari 1973, suami plk 24hb Jun 1970 dan kami diijabkabulkan pada 24hb Febuari 1996. Sebenarnya tarikh ini kami tidak rancang langsung, tidak terlintas mahu pun  terfikir langsung untuk mencari tarikh 24hb pada mana-mana bulan utk kami bernikah. 

Pilih tarikh lain dalam bulan dan tahun yang sama. Tapi betullah apa yang orang kata, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Sesuatu yang kami tak sangkakan rupanya menjadi milik kami jua. 

Yang kelakarnya masing-masing masih tak perasan hinggalah masa pegi amik sijil kawin. Sebab lepas je nikah tu masing-masing dah sibuk nak uruskan majlis di pihak masing-masing...majlis belah aku dibuat seminggu selepas majlis nikah tu...seminggu lepas tu baru belah suami pulak... almaklum kedua-duanya baru pertama kali menerima menantu. Jadi masing-masing ingat pada tarikh majlis masing-masing.

Punyalah poyo citer ni kan...mesti orang kata bohonglah...tapi memang itulah yang terjadi...entah kenapa masa nikah tu boleh tak teringat langsung masing-masing punya harijadi ialah 24hb. Nebes sangat kot...rasa macam diatas awang-awangan...betul ke nak kawin ni...^_^

Alhamdulillah...syukur pada MU Ya Allah sehingga kini kami masih bersama. Semoga KAU sentiasa meredhai & memberkati kami selamanya. Mohon juga semua mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. Terima kasih.








Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara