Skip to main content

CARA SOLAT JAMAK & QASAR



Ketika bermusafir, solat boleh dikerjakan dgn memilih s
alah satu di bawah, kalau pilih tak nak solat memang nk kena LEMPANG. Allah dah bg dah kemudahan itu pon jadi susah ke, alasan tak sempat mmg tak masok diakal.

1. Jamak  (dihimpunkan saja)

2. Qasar  (dipendekkan rakaatnya saja)

3. Jamak & Qasar (dihimpunkan & dipendekkan rakaatnya)

4. Solat sempurna seperti biasa.

Syarat perjalanan yg dibenarkan utk solat jamak/qasar
1.musafir utk tujuan yg baik, bukan kemaksiatan

2.destinasi dituju melebihi 2 marhalah lebih kurang 90km

3. tahu destinasi yg nak dituju (tahu jalan dan tidak sesat)

_________________________________________________________________________________

1. JAMAK

Jamak bermaksud dihimpunkan 2 solat fardu dlm satu masa.

-Zohor dgn asar  atau Asar dgn zohor

-Magrib dgn isyak atau isyak dgn magrib

*subuh tak boleh dijamakkan


Jamak ini terbahagi 2:

1. Jamak Takdim
mendirikan solat pd waktu solat yg pertama iaitu solat zohor dgn asar pada waktu zohor. Jadi nanti bila masuk waktu asar tak perlu solat asar lagi. 
Manakala solat magrib dgn isyak dibuat pada waktu magrib. Dgn itu bila masuk waktu isyak tak perlu solat isyak lagi.

Syarat-syarat solat jamak takdim
1. niat pada waktu yg pertama 
2. tertib, mulakan solat pertama (zohor/magrib), baru buat solat kedua (asar/isyak)
3. berturut-turut antara 2 solat itu, lepas bg salam solat pertama, terus bangun jgn
    bercakap-cakap, terus niatkan pulak solat kedua tu.
4. perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.

cara solat:

zuhur dgn asar 
niat:
"sahaja aku solat zohor 4 rakaat dihimpunkan solat asar kepadanya kerana Allah Ta'ala"
*solat mcm biasa lepas bg salam terus bangun jgn bercakap-cakap utk solat yg kedua, baca niat utk solat yg kedua:
"sahaja aku solat asar 4 rakaat dihimpunkan kpd zohor kerana Allah Ta'ala"

magrib dgn isyak
niat:
"sahaja aku solat magrib 3 rakaat dihimpunkan kpd isyak kerana Allah Ta'ala"
*solat mcm biasa lepas bg salam terus bangun jgn bercakap-cakap, niat utk solat kedua:
"sahaja aku solat isyak 4 rakaat dihimpunkan kpd magrib kerana Allah Ta'ala"

2. Jamak Takhir
mendirikan solat pd waktu solat yg kedua  iaitu solat zohor dgn asar dibuat pd waktu asar. Masuk je waktu zohor niatkan utk dijamak waktu asar nanti. Solat magrib dgn isyak dibuat pd waktu isyak. 

Syarat solat jamak takhir
1. apabila masuk waktu solat zohor/asar niatkan dlm hati nanti aku nak buat solat
    zohor/asar pada waktu solat kedua. jgn dah abis waktu baru nk niat gitu plk.
2. masih dlm perjalanan bg kedua2 waktu solat tersebut

cara solat:

*sunat/afdal kalau kerjakan solat kedua dulu (asar/isyak) baru solat pertama (zohor/magrib), atau nak buat solat zohor/magrib dulu pon boleh.

niat:
"sahaja aku solat fardu asar 4 rakaat dihimpunkan kpd zohor kerana Allah Ta'ala"
*pas beri salam terus bangun jgn bercakap-cakap dan niat utk solat kedua:
"sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat dihimpunkan kpd asar kerana Allah Ta'ala"

_________________________________________________________________________________

2. QASAR

Qasar bermaksud memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat sahaja.

zohor 2 rakaat; asar 2 rakaat; isyak 2 rakaat

Syarat-syarat qasar
1. hendaklah melepasi sempadan kawasan kediaman
3. tidak berniat bermukim lebih 4 hari, ini tidak termasuk perjalanan pergi dan balik
4. masih dlm keadaan bermusafir ketika mengerjakan solat qasar
4. tidak berimamkan org yg solat sempurna

cara solat:

niat:
"sahaja aku solat fardu zohor/asar/isyak 2 rakaat qasar kerana Allah Ta'ala."

*solat mcm solat subuh 2 rakaat, tidak perlu baca DOA QUNUT.

________________________________________________________________


3. NIAT & CARA SOLAT JAMAK & QASAR

*Dibuat pada waktu pertama (jamak takdim)

zohor dgn asar

niat:
"sahaja aku solat zohor 2 rakaat dgn Qasar & dihimpunkan kpd asar kerana Allah Ta'ala"
*solat mcm solat subuh 2 rakaat tu, doa qunut tak perlulah dibaca
*lepas beri salam terus bangun, jgn bercakap-cakap, diri tegak & baca niat utk solat yg kedua:
"sahaja aku solat asar 2 rakaat dgn qasar  dihimpunkan kpd zohor kerana Allah Ta'ala"

*dgn ini bila masuk waktu asar tidak perlu bersolat lagi.

magrib dgn isyak

niat:
"sahaja aku solat magrib 3 rakaat dgn Qasar & dihimpunkan kpd isyak kerana Allah Ta'ala"
*solat magrib tetap 3 rakaat
*lepas bg salam terus bangun, jgn bercakap-cakap, dan terus niat utk solat yg kedua:
"sahaja aku solat isyak 2 rakaat dgn qasar & dihimpunkan kpd magrib kerana Allah Ta'ala."

*Dibuat pada waktu kedua (jamak takdim)

asar dgn zohor
isyak dgn magrib

*niatnya sama seperti di atas
*lebih afdal buat solat asar/isyak dahulu baru solat zohor/magrib, mana-mana pon boleh.
*magrib tetap kekal 3 rakaat.


Diharap dapat membantu. Jika kurang faham jangan malu, jangan segan sila tanya dgn org yg lebih arif. 
 Solat itu tak susah mana pon...tak lama mana pon...tak keluar modal pon...ingat jika kita permudahkan(membuat) apa yang Allah suruh, insyaallah DIA juga akan permudahkan urusan kita.

PENTING :
solat qasar hanya boleh dilakukan bila masih dalam perjalanan.

*jika ada tersilap harap ditegur ye...akan diperbetulkan..terima kasih.




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...