Skip to main content

YANG MENARIK DI KUANTAN...PATIN TEMPOYAK - AKOB PATIN HOUSE


gambar yang ni ku amik orang punyer..
sebab tak berkesempatan nak snap dari depan
anak & somi yang tolong amik lauk...
kiranya masa ni...ku berserah...


sambal tempoyak yang menggoda perasaan
Jangan tak tahu... sebenarnya ku tak bape nak lalu makan ikan sungai ni...tapi selalu kena paksa dek suami...kena pergi beli ( beli yg fresh punyer tau)...kena masak...dah masak makanya kenalah makan kan...sibbaek penjual tu ada servis mengatok dan menyiang ikan...mengatok?...ha...ye la..katok tu ketuk....kena ketuk kepala dia dulu...eh...bukan kepala orang yg jual ikan tu...kepala ikan ler...kasi kojol...pastu baru disiang...(actually tak kojol mana pon tengok bergerak-gerak lagi...)

Selalunya sebelum pergi ke sesuatu tempat ku akan google carik tempat makan yang femes sedap...jalan-jalan tempat orang mestilah nak cuba makanan dorang kan...kalau carik benda yang sama...baik masak sendiri...(ark...macam tererlah sangat)...google punya google...banyak kat blog orang kata mesti cuba makan kat sini...ooohh...oklah masukkanlah dalam senarai tempat makan yang harus pergi...(walaupun dorang kata sini pemes patin masak tempoyak)

Citer pasal tempoyak pulak...huh! daku tak reti makan tempoyak...dah cuba tapi tak suker...walaupun diriku ini antu kak limah..eh...antu durian! tempoyak tetap tidak dapat diterima oleh akal fikiranku!

Tapi kat kedai ni...boleh makanlah pulak...dengan sambal tempoyak tu sekali ku bedal...awesome!...memang sedap!...tak macam masakan tempoyak yang pernah pernah dicuba dulu...memang kena dengan tekak...bayangkanlah daku yang memang reject betul dengan tempoyak...tapi kat sini  boleh terima...itu menandakan ianya betul-betul sedap...(ke diketika itu daku memang tengah lapor tahap cipan gaban?..)

Ada patin buah...patin biasa...harga berlainan le...(ada ditampal harga ikan semasa)...ada tapai pulut...ada jugak masakan kampung lain...

Jadi setiap kali ke Kuantan...memang kedai ini acara wajib yang akan kami singgah....(sukerlah cik somi sebab tak yah pening pikir bininya ni nak makan apa...kannn...)

Ok pak Akob...tunggu kedatangan kami untuk sekian sekian kalinya...



AKOB PATIN HOUSE
Lorong Hj Abdul Rahman 1
Lokasi : Sebelah De Spring Hotel & dekat dengan Season View Hotel




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

KUIH TRADISIONAL MELAYU

Banggakan... kita ni ada banyak jenis kuih tradisional... bermacam bentuk bermacam kaler...bermacam nama...unik-unik pulak tu namanya...bangsa lain rasanya tak punya nama seunik nama kuih muih kita... ada kot... Cuba korang bayangkanlah korang duduk obersea....pastu nak perkenalkan kuih muih kita ni...tempat dorang mana ada kan...dan dorang ni kalau benda yang pelik & lain dari yang lain memang dorang suka...jadi korang bukaklah satu gerai makan menjual kuih muih  tradisional kita ni... Dengan penuh semangat & punyalah bangga korang siapkan kuih muih untuk diperkenalkan pada mat saleh minah saleh...homemade with love pulak tu... Lepas dah siap-siapkan semua tu...korang pon susunlah cantik-cantik bagi menarik perhatian mat minah saleh semua tu... Punyalah hepi korang, berbaris panjang dorang beratur sebab jakun tengok aneka kuih yg tak da di tempat dorang kan... Bread Pitt : Hello Miss... what is this? Korang    : Hi sir...this is...  jump ...