Skip to main content

POKET 'BOCOR' KERANA KERETA


Saya terjumpa satu artikel yang sangat menarik...ada kebenarannya 
dan saya nak kongsikan di sini....
copy & paste...
nanti nak suruh anak saya yang sulung 16 tahun tu baca artikel ini...jangan nak banyak cingkadak dia punya berangan karang....kannn...


=================================================================

Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg installment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. Pun biasa dengar kan??

Biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling panjang. Janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. 


Dalam fikiran graduan yg baru dapat kerja ni cepat jer ternampak kereta-kereta seperti Honda Civic, Elantra, Forte, Cerato, Golf, Accord, Sonata, Jetta dan lain-lain.  Kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata orang sekeliling.


Tapi apa yg ramai tak nampak bahawa 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. Angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. Iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, aksesori kereta & pakej-pakej lain yg datang dengan kereta tu.


Instalment memang la 1.3k, tapi petrol? katalah petrol RM400 sebulan (melainkan dia pakai kereta hebat tapi most of the time kereta tersadai kat parking kereta, jarang-jarang drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). Kereta mahal dah tentu minyak enjin pakai fully sentetik, brand elok ...takkan nak pakai minyak enjin yang murah ye tak? sayang la enjin kereta tu. 


Kereta hebat takkan nak pakai brand tayar murah, kan? kereta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. Gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. Jatuh la standard. Takkan drive Camry tapi pakai tayar second hand. Malu la kat budak-budak kedai tayar. hehehe.... kereta-kereta hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18.  Satu tayar jer dah RM350-400 ikut brand. So banyaklah 'kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.


Ada yg beli kereta cuma tekan calculator untuk kira instalment. Terlupa nak masukkan spending on insuran & roadtax. Lupa nak kira kos insuran unutk kereta berharga 90k-150k. Tak tau menahu kos roadtax untuk kereta 2.0 liter. Ada yg lupa untuk masukkan semua itu dalam kira-kira. Kesudahannya tertunggu-tunggu bonus untuk setel semua. Kad kredit swipe dulu. Bila tak da bonus  dia paling kuat mengata majikan & gomen. Payment kad kredit postpone lagi..hihi


Kebocoran tanpa sedar, kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dalam sampul ye tak. Malu la kaum. Malu la kat kawan-kawan yg pakai kereta perodua bagi duit raya sama macam yg memandu Civic/Accord. 


So bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik macam-macam lagi tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih untuk sustain gaya mutu keunggulan. Kereta mahal kena hantar car wash selalu, kereta dah ler mahal takkan nak biar comot. Kena hantar polish kasi kilat. Service kereta mesti kat designated service centre kereta tu, mana boleh service kedai sebarangan. So caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. 


Bila keluar dengan kawan-kawan or ipar duai takkan yg pakai Proton nak kena belanja makan ye tak. Malu la sikit...hehe... Maka banyak la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... sebab nak jaga gaya mutu & keunggulan. 


Ramai orang suka kereta. Sebab utamanya ialah keperluan utk bawa dari point A ke point B. Sebab-sebab yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorang, imej, hobi.  Namun untuk keadaan hari ini, jenis kereta boleh mengelakkan dari dipandang rendah oleh orang sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dengan kawan-kawan sekolah & kawankawan Uni.


Walau macamana sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression bila orang tengok kita sampai. Bila attend reunion kawan sekolah contohnya, amat berbeza penampilan bila seseorang tu sampai dengan brand new Accord berbanding Pesona. Cash banyak, saham banyak, emas banyak, rumah banyak orang tak nampak. Cerita pun orang tak caya. Dan sikap segelintir masyarakat, ada rasa hormat bila sembang dengan orang berkereta besar berbanding dengan mamat berkereta Saga BLM.


Normally kalau dah pakai kereta D segment tu terpaksa la jaga penampilan yg lain tu... which is very costly... hehe ...


Cuba tanya mana-mana orang muda, majoritinya target nak pakai kereta hebat bila grad, bila dapat kerja kerajaan or swasta. Buat hutang 9 tahun sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 years. Kereta tu selepas 9 tahun akan jadi besi buruk, susut nilai 90%. Hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu kerana cashflow habis ke instalment kereta & pakejnya. Banyaklah investment opportunity lost for the next 9 years. Lepas 7/9 tahun mesti nak tukar kereta lg.  Sebab kereta lama dah hilang gempaknya. Berhutang lagi 9 tahun. Kalau dulu mula-mula beli kereta umur 28, lepas pakai dua kereta umur pun dah cecah 46 tahun. Masa tu baru terpikir berapa lama lagi nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup untuk tanggung family, tak cukup untuk sustain life style yang ada. Orang lain dah boleh pikir untuk relax di umur 50-an, kita masih pikir terpaksa kerja untuk tanggung hutang.


Dan yg paling malang....banyak kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kawan-kawan opis. Yg tu tak pulak rasa malu. Pakai Pesona second hand malu, pinjam duit merata tak malu. Sanggup skip duit yg sepatutnya bagi orang tua tiap-tiap bulan. Malah pinjam pulak duit orang tua. Pinjaman yg liat bayar balik. Selalunya buat-buat lupa nak bayar balik. 


Ramai sanggup spend beribu sebulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta RM500 sebulan. Rupanya kereta hebat lagi penting.



=================================================================

p/s : hai anakku...dengar tu...ukur baju di badan sendiri ye, jangan amalkan konsep 
biar papa asal bergaya...
         dah kerja karang...ingat-ingat banyak kat ibunya ni.....ibu nak claim balik...
         boleh gitu..hi hi hi...
         


Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara