Skip to main content

DUA PERKARA UNTUK HIDUP SENANG




Nak hidup SENANG walaupun tak lah sampai kaya raya kita perlu faham dua perkara asas kewangan iaitu ASSET dan LIABILITI.

Asset dan liabiliti akan menentukan status kewangan anda justeru konsep asset dan liabiliti ini mestilah difahami dengan sebaik mungkin.

Secara ringkasnya, asset dikategorikan kepada ASSET PELABURAN dan ASSET BUKAN PELABURAN.

Asset pelaburan adalah asset yang menjana aliran wang, dan memberi pulangan kepada anda dalam bentuk dividen, keuntungan modal, sewa atau pendapatan.  Contoh asset pelaburan ialah simpanan, deposit tetap, saham, pelaburan unit amanah, KWSP, pelaburan hartanah serta perniagaan anda yang anda miliki.

Asset bukan pelaburan pula adalah asset yang tidak menjana sebarang aliran wang. Contoh asset bukan pelaburan adalah seperti rumah yang anda tidak gunakan untuk pelaburan dan kenderaan anda. Walaupun memiliki asset-asset ini telah menjadi sebahagian daripada milik anda namun asset ini sebenarnya tidak cukup untuk menjana pendapatan dan aliran wang tunai untuk anda.

Asset mendatangkan pulangan wang berterusan (streaming cashflow) seperti : -

 1. Hartanah (untung dari sewaan atau jual semula sebab nilai hartanah cepat naik)
 2. Perlaburan Saham (ASB, AHB dan sebagainya - dapat dividen setiap tahun)
 3. Memiliki Perniagaan (dapat keuntungan lebih banyak berbanding makan gaji)

Liabiliti merupakan sesuatu yang anda berhutang padanya seperti pembayaran kad kredit yang belum dijelaskan, pinjaman untuk pembayaran kenderaan dan perumahan. Liabiliti mengurangkan pendapatan anda untuk setiap bulan dan tahun. Semakin lama anda ‘memegang’ liabiliti ini, anda hanya akan mampu untuk memfokuskan hidup dan khidmat anda untuk ‘menanggung’ mereka.

Liabiliti yang tidak mendatangkan keuntungan wang, membebankan kewangan dan nilainya tidak meningkat selepas dibeli. Contoh :-

- Kereta
- smartphone
- tablet
- Set TV
- perabot dan sebagainya

Bukan maksudnya tak boleh beli langsung liabiliti tapi pastikan asset dua atau tiga kali lebih besar berbanding liabiliti yang kita ada.

Ramai nampak kaya tapi 'miskin' sebab LIABILITI lebih besar berbanding ASSET yang mereka miliki. 

Untuk menilai status kewangan anda, kira jumlah asset anda apabila anda menolak semua jumlah yang perlu anda bayar untuk liabiliti yang anda tanggung. Hal ini adalah penting kerana di mata pihak bank mereka akan melihat status kewangan anda melalui asset dan liabiliti anda. Dan inilah punca utama mengapa anda perlu berusaha menyelesaikan liabiliti anda dengan sebijak mungkin dan seterusnya menambah asset yang anda miliki demi kesenangan di kemudian hari.

Fikir-fikirkan demi masa depan yang tenang.



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...