Skip to main content

PILIH ORANG UNTUK MEMBERI?


Ada orang sangat memilih orang untuk memberi, terutamanya memberi wang atau bersedekah. Fikiran dah terlalu disempitkan.... bila memberi tu hanya pada orang miskin atau orang kurang upaya atau ibu tunggal atau anak yatim. 

Bila fikiran kita sempit dan kepercayaan kita bersedekah hanya pada orang-orang yang disebut tadi, bermakna bila orang-orang yang kita sebut tadi tu tak muncul depan kita, kita tak nak bersedekah...kita tak nak memberi..

Sebenarnya, kalau kita suka memberi....kita tak akan memilih orang untuk memberi....kita tak akan ambil tahu pun latarbelakangnya,  kalau kita betul-betul ikhlas nak memberi...

Kalau kita tahu dia sebenarnya anak orang kaya contohnya...kita tak nak memberi pada dia... sebab ibu bapanya mampu dan tak perlu diberi...Sebenarnya, anak orang kaya atau tidak, tapi...perasaan mereka yang menerima pemberian kita itu terutama kanak-kanak , yang akan membuatkan ada satu perasaan indah dalam jiwa kita...

Begitu jugak bila pergi kenduri kahwin....orang kata salam kerok...kita berkira dengan andaian yang bukan-bukan...karang dibagi sekian sekian dikata pulak....berbaliklah pada niat yang asal....kita hendak beri bukan kita hendak terima....jadi terpulanglah penerimaan si tuan rumah...yang penting kita telah memberi....jangan diungkit atau dipertikaikan kerana terpaksa memberi....

Kalau dah ada niat nak beri tu, jangan berkira-kira,  bulat tekad pejam mata beri saja, insyaallah.... Allah akan ganti semula berlipat ganda.

Dan, perasan tak?... Allah pun memberi pada semua yang meminta...Dia tak kira pun orang tu dah kaya atau miskin? 






Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...