Skip to main content

BAGI KE TAK??

Image result for mak abah

Tak pernah bagi duit kat parent?
Kenapa? sengkek? gaji sikit? Lupa?
Ini kisah saya.
Apa yang berlaku dekat saya,
tak semestinya sama dengan semua orang.

Saya kongsikan serba sedikit.

Dulu, income saya tak banyak.Jadi, saya takdelah terfikir nak bagi duit kat parents. Satu hari, saya ada dengar satu ceramah,

dia kata,
 "bukan soal berapa banyak, tapi soalnya kita bagi ke tak?" 

Sejak daripada tu, saya bagi je setiap bulan, walaupun sikit.Berapa sikit? Sikit sangat .
First time saya nak bagi tu, saya malu sangat-sangat. 
Jumlah dia : RM5 yeap, RM5 je .... saya malu nak cerita ni sebenarnya.
.
.
Saya bagitahu, "Ummi, ni je yang saya mampu bagi buat masa ni, doakan rezeki saya murah, boleh bagi lebih lagi" Masa saya bagi tu, malu ada, sebak ada dan macam-macam perasaan masa tu.Saya nak cerita ni semula pun, ada rasa sebak lagi. Tapi mak saya jawab, "Terima kasih, Ummi doakan rezeki awak sekeluarga sentiasa bertambah".
.
.
"Alhamdulillah".
.
.
Saya risau mak saya marah atau kecil hati, tapi tidak. Bahkan beliau doakan saya dan senyum. Saya yakin, janji Allah tidak pernah salah.
.
.
"Redha Allah, terletak pada Redha ibu bapa"
.
.
Entah tiba-tiba, saya terasa macam satu semangat, untuk kerja keras, idea mencurah-curah dan segalanya berjalan mudah. Masalah tu ada, mana mungkin takde, tapi ......tenang je rasa. Kalau susah, tak terasa susah.kalau lapar, tak terasa lapar. Alhamdulillah, daripada RM5, jadi RM10, pastu RM20 dan seterusnya hingga sekarang .....Yang peliknya, lagi banyak saya bagi, lagi banyak saya dapat. Alhamdulillah berkat restu seorang ibu
.
.
Ni ada sedikit tip untuk anda :
1. tak mampu bagi banyak, bagi sikit
2. segan nak bagi duit sikit, beli barang keperluan dapur, beras ke, gula ke, apa-apa lah...
3. kalau tak mampu juga, JANGAN nyusahkan mereka, dan sentiasalah berniat untuk membantu mereka satu hari nanti
.
.
Wallahua'lam. Saya bukan anak yang baik sangat,tapi mak ayah saya baik sangat dengan saya.

=============================== 
"It's not about the money, it's about the value of the money."
===============================
.
.
Credit kepada Raja Kamil..
Saya kopipes sahaja.. Sebak tak ley nak kata..Yang masih punya ibu bapa hargailah mereka..Betapa beruntungnya anda masih dapat restu dari mereka..

tapi memang betul kan..kebanyakkannya tunggu ada duit terlebih baru nak hulur..
terlebih tu pon bila 'kehendak' diri dah dapat..



Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara