Skip to main content

CARA ELAK SALAM DGN SOPAN



dapat satu soalan ‪#‎sehariseinci‬ tentang mengelak salam. ok bismillah. ambik yang elok, buang yang tidak. ok? segala perkongsian adalah didasarkan pengalaman sendiri dan fahamilah aku langsung bukan yang selayaknya berbual agama.
.
but here goes. cara2 sopan mengelak bersalam dengan yang bukan mahram kita.
.
tip no 1: tangan letakkan bersilang atas dada. kemudian tunduk sedikit macam jepun. sikit je. toksah tahap ruku' pulak. tau2 tegak-- terus sujud lak. haha.
.
ala. mcm pekerja hotel la kalau sambut guest. atau mcm tourism thailand. gitu. org hulur-- buat camtu. jgn lupa senyum. insyaAllah. orang faham. kalau dia tak faham-- pura2 pitam kat situ. takde point kau nak explain. hahaha.
.
tip no 2: angkat tangan dua2 ke atas. macam main hensap2 koboi tu-- pastu minta maaf sbb tengah ada wudhu'. jangan lupa senyum. dan cakap sori dengan sungguh2, tau.
.
tapi tip kedua ini kena method acting la. kalau tadi kau baru kentut bersepah-- alasan ni memang tokleh pakai la. hahaah. kot ye pun nak nipu.
.
tip no 3: pakai handsocks. atau kalau jenis malas nak berlapis2 mcm aku-- pakai ‪#‎FJRTWTheFynnJamal‬ ecewah. something of the kind la.
.
orang hulur tangan nak berjabat-- kau tengok jemari dia yang dah terhulur-- labuhkan handsocks-- salamlah dengan lapik.
.
bagi aku lebihlah elok dan respectful bila kita jaga airmuka orang. malu dia bila dah hulur pastu kita perlekeh. memang la silap dia-- tapi cuba sedayanya untuk buat dia jatuh hati pada cantiknya agama kita yang baik.
.
lepas salam tu, keluarkan balik tangan tu macam biasa. kalau kau nak tiba2 buat macam lawak2 tangan kudung sambil hayun2 lengan baju pun boleh. cuma orang tengok kau pelik la. hahahaah.
.
tip no 4: ckp je maaf sebab tak dapat salam. tapi it takes A LOT la kan to say that without offending. sebab kita bukan apa-- kita pun byk dosa2 lain. kan?
.
ok. so itulah dia tip2 mudah. alhamdulillah. setakat yang telah aku praktikkan-- menjadi. dan tak ada isu pun. sesekali terlepas juga. istighfar. minta maaf dengan Allah. bukan sengaja. kadang2 benda dah refleks. org hulur, kita sambut.
.
tapi itulah benda yang kita nak elak: melakukan satu kesalahan atas refleks tanpa akal sempat fikir.
.
ingat, anak2. ini tips mengelak. kalau kita nak mengelak pun susah-- kita bantulah kawan2 dan saudara mara kita dengan tidak menghulurnya. tak bersentuh bukan tak sayang, kan? haaaa.
.
ok. selamat mencuba 

Perkongsian dari Fynn Jamal



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...