Skip to main content

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU?

Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya.

Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat.

Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa.

Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya.

Bilakah perlu diamalkan?

1. Waktu pantang

Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari.

Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30.

Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot di lantai pelvik kebas dan lemah.

Jangan silap fikir, bila berkata bersalin czer, tak de masalah longgar. Tetapi untuk jangka masa panjang, bila otot pelvik semakin lemah masalah faraj longgar boleh berlaku. 
.

2. Haid.

Bermula dari haid hari ke 6. Hari ke 6 tu even masih ada darah pun boleh amalkan. Makan 7 hari berturut-turut. Maksudnya kena amalkan sehingga hari ke 12 haid.

Ketika haid, rahim wanita berada di dalam keadaan bengkak. Maka amalan jamu ini membantu merawat bengkak rahim.
.

3. Ada masalah tak ketat.

Amalkan 7 hari berturut-turut. Beserta rendaman faraj dan tangas kering.

Perlu berpantang makan benda-benda sejuk dan kembang urat. Especially sayur dan buah yang hidup bersifat menjalar. Kembang urat ni lebih kepada pemakanan jambu batu, air kelapa. Elakkan juga minum ais dan mandi malam.
.

4. Penghidap ketumbuhan rahim seperti cyst, polip, endo

Amalkan jamu sehingga ketumbuhan dalaman benar-benar sudah mengecut. Dan berhenti apabila ia sudah hilang.

Jamu membantu mengecutkan ketumbuhan rahim. Akan tetapi amalannya perlulah disertakan dengan amalan pemakanan herba, rawatan rendaman faraj dan bertangas kering.

Rawatan pemakanan herba perlu berterusan meskipun ketumbuhan sudah hilang. Ini adalah rawatan bersifat mencegah agar ketumbuhan tidak akan muncul lagi. 
.

Kesimpulannya di sini, rawatan pemakanan jamu merapat semata-mata perlu diamalkan seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Berhenti masa haid. Dan disambung kembali masa hari ke 6 haid (7 hari berturut).

Orang-orang lama hanya mengamalkan jamu rapat atas tujuan kesihatan rahim, memudahkan ibadah dan juga sebagai amalan mencegah keluluran rahim (uterine prolapse). Amalan manjakani dan air kunyit diamalkan dalam konteks perubatan. Selebihnya mereka rajin mengamalkan pengambilan herba-herba.

Amalan semata-mata  air kunyit,  manjakani dan jamu rapat yg lain setiap hari lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan, antaranya simptom frasa pre monapous.

Amalkan jamu merapat yg betul:
1. Selepas haid
2. Selepas nifas
3. Ketika  ada masalah rahim/peranakan.

Dan amalan perlulah berkala. Bukan berterusan.

Silap amalan buruk padahnya.

Sebab tu dalam islam sendiri pun  menggalakkan amalan bersederhana.

Maaf, post ni bukan nak mengecam kesilapan sesiapa,  saya hanya sharing ilmu perbidanan lama yg semakin dilanggar atau dilupakan.

Kak Rai 
Tukang Urut Wanita Terengganu -Perawatan pantang jawa
Urutan Terapi & Tradisional
Whatsapp 0139481917

                       Gambar ihsan Google

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...