Skip to main content

PETUA AWET MUDA

Teruja kan...
opkoslah kan...semua orang mestilah nak awet muda...
bukanlah nak awet sampai 20 30 tahun bezanya...
tak sensuai...tu buatlah pastik sejeri plastic surgery...hihihii..
dapat beza 5 tahun pon syukur kan..apatah lagi 10 tahun 15 tahun waahhh...
boleh gitu...
tak pon dapat kesihatan tubuh badan yang baik pon syukur sangat...kann...
umum semua sudah tahu...kalau ditanya amalan utk awet muda....rata-rata akan bagitahu...
rajin berwuduk..berzikir...solat...amalkan doa
bertenang..maafkan orang...membaca al quran...
tu semua dah klise bunyinya...artis selalu buat stetmen gitu......
jangan salah faham....bukanlah menidakkan akan kebenarannya...
betul dah tu...
teruslah diamalkan..tapi
kalau boleh jangan lah niat utk awet muda...niat utk Allah...
bila hati tenang...hati bersih...memang akan terpancar cahaya
di wajah tu...


Selain makan sayur, buah-buahan dan supplement
kali ni nak share yang lain...itu semua dah biasa kite dengar..
check it out bebeh!



1. Bersihkan wajah semaksima yang boleh
pastikan walaupun hanya duduk di rumah, sebelum masuk tido malam pastikan muka dibersihkan.


2. Tidur yg cukup dan berkualiti
masa tidur bergantung pd umur, 16 jam utk bayi, 10 jam utk 3 tahun hingga 18 tahun, 8 jam utk 19 tahun  hingga 55 tahun, 6 jam sahaja bg golongan berusia lebih 55 tahun. Tubuh manusia lebih sesuai tidur 4 jam dua kali sehari berbanding tidur berterusan 8 jam.


3. Bersenam 
pilih senaman yang boleh membentuk tubuh badan.


4. Gunakan pelembap wajah
supaya kulit wajah tak kering, kalau kering kulit jadi kusam dan cepat kedut.


5. Masker 
tak yah yang mahal-mahal tapi kalau mampu apa salahnya. Klik bawah ni utk masker yg mudah & murah tapi hasilnya superb..asalkan rajin...buatlah 3 kali seminggu.
http://hello-zura.blogspot.com/2014/04/tomato-oh-tomato.html


6. Buat urutan wajah
muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


7. Amalkan mandi seawal pagi.
Mandi sebelum subuh (4-5 pagi) boleh melancarkan perjalanan darah dan menjadikan tubuh lebih segar. Klik link bawah tu utk mengetahui kebaikannya,
http://hello-zura.blogspot.com/2013/07/mandi-sebelum-subuh.html


8. Amalkan mandi dari bawah
klik utk ketahui kebaikannya dari segi kesihatan juga,
http://hello-zura.blogspot.com/2013/07/mandi-songsang.html


9. Pastikan organ dalaman terutama rahim anda sihat
Bagi wanita mempunya rahim yang sihat, paras estrogen dalam tubuh badannya akan mempengaruhi daya intelektualnya sepanjang hayat di samping mengawal waktu menopausnya. Oleh itu, penjagaan yang rapi amatlah diperlukan dan diamalkan bagi menghindari komplikasi


10. Banyakkan minum air kosong 
Jangan tunggu haus baru nak minum. Setiap 25kg berat badan bersamaan 1 liter air.


11. Berpantang semasa bersalin dengan betul
klik utk ketahui dengan lebih lanjut
http://hello-zura.blogspot.com/2014/04/cara-berpantang-ketika-bersalin.html


12. Jagalah pemakanan dan berat badan..
kalau payah sangat nak diet, amalkan ni..mudah...amalan Rasulullah ni...
makan sebelum lapar..berhenti sebelum kenyang.



okay...mudah tak??





Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara