Skip to main content

CARA BERPANTANG KETIKA BERSALIN

Nak ikut omputih katanya...lasak...moden...
pantang dulu-dulu kuno...tak releven...
katanya,
"tgk mat salih tu...ok je...tak de pon dorang amalan pantang-pantang ni..."
iyo lah dik oiii...
hang duk dalam masyarakat depa kah...ada dengar tak keluh kesah depa...
ada tahu kah..tak tahu kan...
lagipon teknologi pastik sejeri  plastic surgery dorang maju...
apa susah...suntik sana...sedut sini..masuk sinun...
ko hader??
sekarang umur tengah muda...memanglah tak rasa...
jangan nanti "tua" sebelum waktunya...



1. Dilarang tidur tak berbantal
akan mengalami sakit kepala, kemungkinan darah kotor susah nak keluar dan angin naik ke kepala.

2. Memakai stokin
agar kaki tak sejuk dan dimasuki angin, jika angin menguasai badan akan melemahkan kesihatan.

3. Jangan duduk mencangkung
boleh mengakibatkan rahim yang masih tak kuat dan lemah itu terkeluar dan boleh jadi tumpah darah.

4. Mandi duduk dibangku
cara ini tidak menggunakan banyak tenaga dan dapat menjaga kesihatan peranakan

5. Rapatkan kaki bila tidur
utk mempercepatkan peranakan sembuh semula

6. Jangan terlalu aktif
terutama pada minggu pertama utk memulihkan tenaga yg hilang dan supaya badan benar-benar berehat

7. Jangan makan ubi-ubian
menggangu pencernaan, akan mengakibatkan  kembung dan sakit perut

8. Jangan tidur di waktu matahari naik
akan mengakibatkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit

9. Jangan tidur waktu senja
waktu senja syaitan berkeliaran, fikiran mudah terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

10. Jangan menjahit pakaian dan membaca
ini disebabkan fizikal yg masih lemah dan cepat mengalami rabun sebelum tua

11. Tidak boleh keluar rumah waktu senja
diwaktu ini syaitan berkeliaran dan mungkin boleh mengganggu ibu yg masih lemah fizikal dan mentalnya

12. Pantang 100 hari
digalakkan berpantang 100 hari dari melakukan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini benar-benar dapat memulihkan peranakan dan kesihatan rahim.

13. Ibu jari tidak boleh terantuk
pada satu satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan pitam atau bentan jika ibu itu seorg yg lemah.

#minum air pati kunyit selama 3 hari dlm pantang adalah baik utk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor


sumber dari Kak Engku Bidan Bersalin (bidanbersalin.blogspot.com)




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...