Skip to main content

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA



Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok...
buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat..

Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa
sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan...
kira sesetengah dadah tu beracun...
sia-sia lah dok telan...pahit tuuu...

lagi satu...
yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin)
pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu...
pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa
sesekali bolehlah...

Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni...

Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks). Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain.

Ahli Persatuan Dietetik Amerika, Andrea Giancol RD, berkata kandungan kalium yang tinggi dalam air kelapa membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.

Malah sebiji kelapa cukup untuk memenuhi keperluan Vitamin C seharian, selain membantu mengawal penyakit diabetes.

Dalam air kelapa juga terdapat asam amino dan vitamin. Air kelapa muda juga mengandung komponen fitokimia berupa tanin. Tanin bersifat antibakteri yang akan menghambat pertumbuhan bakteri.



10 Khasiat Air Kelapa 
1. Berkhasiat sebagai diuretik, yaitu untuk memperlancar pengeluaran air seni.

2. Bermanfaat untuk mengatasi dehidrasi.

3. Susu yang dicampur dengan air kelapa muda amat baik untuk makanan anak. Campuran air kelapa muda tersebut mempunyai khasiat untuk mencegah penggumpalan susu dalam perut, muntah, sembelit, dan sakit pencernaan.

4. Dapat membantu mengatasi pengaruh racun ubat sulfa dan anti-biotika lain, sehingga menjadikan ubat-ubat tersebut lebih cepat diserap darah.

5. Air kelapa dapat menyembuhkan atau melenyapkan jerawat, noda-noda hitam, kulit mengering, dan wajah menjadi nampak berseri. Penggunaan dilakukan dengan membasuhkannya pada muka secara berterusan tiap hari.

6. Air kelapa juga baik untuk masalah sembelit.

7. Air kelapa mampu melarutkan racun dalam perut, namun ia bersifat sementara.

8. Membantu menyembuhkan mabuk.

9. Membantu mengurangkan demam campak selain berfungsi menurunkan suhu badan dengan cepat.

10.Bagi rawatan tradisional pula, ia adalah ubat berkesan untuk membasmi pelbagai jenis cacing dalam usus, diminum pada sebelah pagi sebelum makanan lain diambil.













Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...