Skip to main content

SILAP BELI MINYAK ZAITUN

Aritu nak masak spaggeti...selalu masak guna minyak biasa je..kali ni nak guna minyak zaitun kononnya...
so g lah pasaraya...
hamek kaw kaw...berdiri tercegat daku depan botol-botol minyak tu...
ada 2 3 jenis minyak zaitun...jenama pon macam-macam...
tang jenama tu ku main hantam je...tapi tang jenis ni...
mana satu harus ku pilih???
karang salah beli...bukannya murah-murah tu...
makanyaaa...
ku pon pilihlah jenama BASSO sebab dia yang paling murah...dan kononnya pilihlah yang mahal sikit dari kalangan dia..
ku cekaulah Extra Virgin Olive Oil...mesti tu yang paling bagus...mesti buat makin sedap... 
ruper-rupernyaa....silap cara daaa...



EXTRA VIRGIN 
Merupakan minyak paling murni. Berasal dari hasil perahan pertama buah zaitun. Mengandung jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tidak ada bahan kimia tambahan, jernih, lembut  dan sukatan acidnya kurang dari 1%. Warnanya kehijau-hijauan dan memiliki rasa dan aroma yang lebih tajam.

Sesuai utk dressing, direnjis pada salad/makanan, dicelupkan pada roti secara langsung atau sebagai supplement kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat atau LDL dan sebagainya. Boleh juga sebagai sapuan pada kulit yg bermasalah.
Minyak ini tidak bagus untuk menumis atau menggoreng kerana kurang minyak.

VIRGIN 
Diperoleh dari hasil produksi dan pengolahan tahap kedua buah zaitun, memiliki tingkat keasidan yang kurang dari 2%, dicampur sedikit minyak dari perahan pertama. Warnanya hijau kekuningan.

Minyak ini boleh digunakan untuk memasak, salad dressing, dan lainnya.


PURE
Minyak ini merupakan campuran dari refined olive oil dan virgin olive oil, 
kandungan nutrisinya lebih rendah, melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya. Harganya pun lebih murah.

Tidak sesuai untuk salad dressing, biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.



EXTRACT Dan REFINED
Walaupun dihasilkan dari perahan pertama, namun jenis minyak zaitun ini diproses secara kimia untuk memperbaiki kualitinya yang kurang bagus. Zat kimia ditambahkan untuk meneutralkan rasanya yang kuat dan kadar keasidannya yang tinggi. Untuk memperkuat rasa minyak, minyak zaitun jenis virgin ditambahkan ke dalamnya.

FINO
Minyak jenis ini merupakan hasil campuran extra virgin dan virgin.


POMANCE
Minyak jenis ini merupakan grade paling rendah dari minyak zaitun. Dihasilkan dari minyak yang  tersisa dari proses perahan kedua, tidak dibuang begitu saja tapi mampu diproses kembali. Dicampur dengan berbagai variasi jumlah virgin oil supaya boleh diterima oleh pengguna. Biasa dijadikan bahan bagi kosmetik, shampoo, sabun dan lainnya.

Biasanya digunakan untuk memasak dengan suhu tinggi.

LITE/EXTRA LITE
Hasil dari banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti virgin oil. Rasa dari minyak ini ringan dan warnanya pun cerah. Kualitinya rendah.


INFO:
Rasa minyak zaitun meloyakan bila dah masuk dalam tekak. Tips untuk mengelakkan rasa loya tu  dengan menelan sesudu madu lebah selepas minum sesudu Extra Virgin minyak zaitun.

Cara-cara mengekalkan khasiat minyak zaitun:
Tutup rapat dan letakkan di tempat yang terlindung daripada cahaya. Cahaya dan haba adalah musuh kepada minyak zaitun.







Comments

  1. terima kasih info ni,, saya pon baru nak start makan minyak zaitun ni., masih googling nak tau info. heheh

    ReplyDelete
  2. Minyak zaitun ni beli kat mana.. kat mana ade jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. minyak zaitun dlm pic atas tu kat supermarket ada..kat kedai borong kurma atau makanan kesihatan lain pon ada..

      Delete
  3. Kalau yang pure tu boleh pakai kat kukit tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..tapi pastikan gred A..more info...👇👇👇👇
      Like page FB Olive House Balakong.

      Delete
    2. Boleh..tapi pastikan gred A..more info...👇👇👇👇
      Like page FB Olive House Balakong.

      Delete
  4. Kalau yang pure tu boleh pakai kat kukit tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..tuang sikit pada tapak tangan pastu apply kat muka..picit2/urut muka..pastu lap bersih guna towel yg direndam kt air panas..towel tu diperah letakkn kat muka sebentar dlm 10 min..

      Delete
  5. Basso ni ada jual kat aeon mall RM38 je utk 1Liter mmg murah dan berkualiti

    ReplyDelete
  6. Basso ni ada jual kat aeon mall RM38 je utk 1Liter mmg murah dan berkualiti

    ReplyDelete
  7. Terbaik Infonya Jom tambah info lagi..

    ReplyDelete
  8. Olive oil utk minum punya jenis mcm mana kena ada cop cold press ke

    ReplyDelete
  9. Sy tersilap beli...nak beli untuk minum pagi n malam..tapi terbeli pure olive oil..boleh minum terus ke pure ni? Ke boleh buat goreng je? Tq

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian menarik dan bermanfaat ini. Saya baru mengamalkan pengambilan extra virgin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

KUIH TRADISIONAL MELAYU

Banggakan... kita ni ada banyak jenis kuih tradisional... bermacam bentuk bermacam kaler...bermacam nama...unik-unik pulak tu namanya...bangsa lain rasanya tak punya nama seunik nama kuih muih kita... ada kot... Cuba korang bayangkanlah korang duduk obersea....pastu nak perkenalkan kuih muih kita ni...tempat dorang mana ada kan...dan dorang ni kalau benda yang pelik & lain dari yang lain memang dorang suka...jadi korang bukaklah satu gerai makan menjual kuih muih  tradisional kita ni... Dengan penuh semangat & punyalah bangga korang siapkan kuih muih untuk diperkenalkan pada mat saleh minah saleh...homemade with love pulak tu... Lepas dah siap-siapkan semua tu...korang pon susunlah cantik-cantik bagi menarik perhatian mat minah saleh semua tu... Punyalah hepi korang, berbaris panjang dorang beratur sebab jakun tengok aneka kuih yg tak da di tempat dorang kan... Bread Pitt : Hello Miss... what is this? Korang    : Hi sir...this is...  jump ...