Ada dikalangan ibu-ibu dalam pantang nifas mereka cepat kering. Nifas dah mula tinggal sedikit pada minggu ke dua. Kalau nifas tak lancar, ibu mudah diserang sakit kulit selepas bersalin, bau nifas yang busuk, alat sulit berbau busuk, hormon tak stabil. Hormon yg tak stabil ni akan membawa masalah meroyan atau depresi, anxiety dan mood disorder selepas bersalin dan masalah keguguran rambut kronik selepas bersalin. Ada tak yang alami gatal-gatal kulit semasa dalam pantang atau selepas pantang? Inilah salah satu puncanya. So amalkan air rebusan sireh ni selama 7 hari berturut-turut bagi melancarkan kembali darah nifas. Ambil 1 helai sireh 3 hiris halia halba secubit. Direbus dengan 2 cawan air sehingga tinggal 1 cawan. Sejukkan. Tambah madu sebelum diminum dan minum 7 hari berturut-turut sebelum breakfast. Antara penyebab darah nifas berhenti awal ialah prosedur cucuk ubat berhenti darah ketika prosedur bersalin (normal dan pembedahan). Tujuan ubat ini untuk elakkan ibu...