Skip to main content

Posts

RESEPI : PUDING KARAMEL NO TELOR

1 cawan gula sedikit air masak gula, api slow * kacau selalu bila dah cair & perang, masukkan air  kacau segera supaya tidak berketul * slow karang percik kena tangan...sakit tau... tuang dalam loyang ketepikan 4 cawan air 4 sudu kecik (KFC punyer) serbuk agar-agar 1 cawan gula 1 tin susu cair 2 sudu besar tepung kastard 1 sudu kecik esen vanilla air, serbuk agar-agar, gula, esen satukan dan didihkan dlm bekas lain, susu dicampur dgn tepung kastard * kacau larut kecikkan api, tuang bancuhan susu & tepung kastard dlmnya kacau sebati lebih kurang 10 min gitu tuang pada loyang gula hangus tadi sejukkan dulu dlm esbok baru diterbalikkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

dah masuk raya yg ke 11 baru berkesempatan menjenguk sini punyalah bizi kononnyalah sangat..hihi... di sini saya nak mengambil kesempatan utk mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada yg sudi singgah di sini andai kata ada yg tersinggung rasa...perasaan... mohon di maafkan atas kesilapan dan kekurangan diri saya... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN  semoga aidilfitri kali ini membawa banyak  kerahmatan utk kita semua...

USIA 40 TAHUN

Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun,   Allah memberi perhatian khusus tentang angka 40 ini:  “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah  mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan  menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh  menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu/berserah diri).”-  (Al-Ahqaf [ 46 ] : 15) Ayat ini menyatakan umur 4...

RESEPI : STICKY WINGS

kalau kat kedai ada topi tu kurang ghasanya kan... makan pon tak puas... mari pakat buat sendiri...puas hati... 14 kepak ayam 4 sudu besar kicap pekat manis (kicap pekat biasa pon ok je) 2 sudu makan sos tiram 1 sudu kecik maggi seasoning 1 sudu besar sos ikan 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 6 sudu besar madu 1 sudu kecik blackpepper garam 2 in halia *ditumbuk 6 ulas bawang putih * ditumbuk 1 cawan air campurkan semua bahan kecuali air kacau rata campurkan pada kepak ayam perap lebih kurang 30 min (lebih lagi baik) panaskan sedikit minyak masukkan kepak ayam masak seketika masukkan 1 cawan air masak sehingga pekat (bila dh pekat kena kacau selalu) masak hingga sosnya melekat pada kepak ayam seolah-olah dibakar ok siapp!!!

MORALE OF THE STORY : MESYUARAT PIBG

~Morale of the story~ 1. Rajin-rajinlah datang mesyuarat PIBG sekolah anak-anak... 2. Masa mesyuarat bila cikgu beso cakap kat depan...silalah amik perhatian... jangan sibuk nak bersembang... karang tak tahu hujung pangkal... 3. Buku minit mesyuarat tu semak-semak le  (especially bagi kaum bapa yang selalu kirim si ibu hadir mesyuarat) 4. Apa saja isu  yang tak puas hati...bersuaralah kat situ... 5. dan apa-apa saja yang sama waktu dengannya hokayyyy....

NAK CANTIK TAPI BERKIRA

Nak isteri kekal cantik... kekal lawa...maintain gituuu janganlah berkira...hokayyyy.....^_^

NGIGAU DI SIANG HARI DI BULAN PUASA

Sedang tidur...tetiba terjaga...tengok-tengok...dah terang benderang...tengok jam pukul 8 pagi...alamak...terlambat lah...tapi terlambat nape ye...sahur?...dah sahur tadi...eh! anak aku nak g sekolahlah!!!...bangun berdezup lari ke bilik anak sbb nk kejutkan dia...ku terkejut sekali lagi...eh...mana anak aku...mana anak aku ni???..laaaa....bukan kah aku dah hantar dia g sekolah tadi...hahahaha.... itulah tak pernah-pernah sejak puasa balik lepas antar anak tidur...haa..amik kawww...mengigau....