Skip to main content

Posts

UBAT KETIAK NATURAL DEODORANT

Pernah dengar tawas? Siapa yg masih ada lagi nenek moyang cuba tanya mereka. Bagi yang tak tahu, tawas ni digunakan orang dulu-dulu sebagai bahan utk menghilangkan bau badan. Zaman dulu mana ada deodorant roll on atau spray utk menghilangkan bau badan kan. Tawas ni akan ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit air sebelum disapu pada ketiak. Inilah petua yg diamalkan zaman berzaman sehinggalah muncul deodorant yg lebih mudah. Sekarang penggunaan tawas ni semakin dilupakan. Ada langsung tak tahu dah. Sekarang ni dah mula ada kesedaran tentang bahayanya penggunaan deodorant roll on dan spray ni. Kini dah ada deodorant yg menggunakan bahan semulajadi, berasaskan tawas. Bukan saja selamat pada orang dewasa, anak-anak dan wanita mengandung pon boleh guna. Botol biru kecil comel lote je, tapi tak padan dengan 'kuasa'nya. Sangat dasyat. Kesan boleh nampak serta merta. Tak perlu pakai setiap hari. Ia mampu bertahan sehingga 72 jam atau 3 hari. Inilah baru betul ...

KURUS TANPA BERLAPAR

Kebanyakkan kita ada hati nak kurus tapi dalam masa yang sama nak makan apa saje, kira tak nak lah itu tak leh makan ini tak leh makan. Kalau boleh nak makan banyak tapi boleh kurus. Sapa macam tu, baik ngaku.. Eiii korang ni, perangai hahaha Ramai jugak yang memilih exercise utk kurus tapi tak jaga makan. Sebab itu ramai orang berat boleh naik double triple bila stop exercise. Nak turunkan berat ni , 80% kurus adalah dari penjagaan pemakanan, 20% dari senaman. Maknanya andai kita rajin bersenam pon tapi pemakanan harian tidak dijaga memangnya agak susah sedikit utk turun apatah lagi yang kuat makan tak bersenam tapi ada hati mak jemah ko nak kurus. . Ok nak tanya lagi, Sapa sini nak kurus tapi tak nak amik apa-apa ubat kurus? Ini lagi bagus, hanya mereka yg punya tahap kesabaran dan kesabaran dan kesabaran serta displin yg kuat bolehlah buat macam ni..sedangkan yg amik ubat kurus pon tak leh nak bersabauuu dgn proses penurunan, kalau boleh hari ni ...

BAGAIMANA KANSER PAYUDARA TERBENTUK?

Tahukah anda, Berpeluh itu salah satu cara tubuh membuang toksin hasil dari metabolisme dari dlm badan yg menghasilkan racun dan harus dibuang. Secara ilmiahnya, jika toksin itu tidak dpt dikeluarkan ia akan bertumpuk dan berkumpul di pembuluh limpa di bahagian bawah lengan. Berpeluh itu wajar & diperlukan sbgai proses homeostasis. TETAPI jika pengeluarannya disekat maka peluh itu sendiri jugak yg menjadi racun dan membawa punca kanser payudara berlaku. Ini diburukkan lagi dengan penggunaan deodorant. Deodorant dicipta utk mengurangkan peluh malah ada yg tak keluar peluh langsung.  Di dalam deodorant mengandungi Aluminium Klorohidrat. Aluminium klorohidrat ini berfungsi utk menghalang peluh keluar dgn cara menutup dan menyempitkan pori-pori. Ramai tahu penggunaan deodorant adalah penyebab kanser payudara. Tapi masih lagi tak mengendahkannya sehinggalah tiba-tiba ketulan muncul.

DIET MAKAN BISKUT? FIKIR FIKIRKANLAH

Bukan saya kata, doktor yang kata..Dr Zubaidi "Marjerin itu transfat. Biskut kering tu transfat. Makan biskut sapu marjerin tu double transfat. Kalau ada orang kata ia makanan sihat, tak tahu nak cakap apa" Mkan biskut je ke cik kak sebab diet sebab nak kurus katanya... kirim salam ye ka diet tu..kikiki

HEALING CRISIS

Apa itu ‘Healing Crisis’?‘ Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai KRISIS PENYEMBUHAN berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh. Proses ini sering disalah erti. Ramai yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan’ badan kita daripada elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat kesihatan yang lebih baik. Sebenarnya apa yang anda alami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah PROSES PENYEMBUHAN yang baik untuk tubuh badan dan menandakan vitamin/supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik. Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan Dalam tempoh ‘healing crisis’ ini, sese...

TENTANG STEVIA

TENTANG STEVIA Stevia merupakan tumbuhan berdaun manis yang berasal dari Paraguay. Sejak berkurun lalu, stevia telah digunakan sebagai pemanis dan ubat-ubatan oleh masyarakat Guarani di Amerika Selatan. Dipercayai secara tradisional tidak mengandungi kalori, lemak, kolesterol dan gula.  Stevia adalah pemanis yang unggul disebabkan oleh kadar kemanisannya yg beratus kali ganda dari gula. Ianya sangat bermanfaat untuk menurunkan kadar gula dalam darah disamping membantu mencapai berat badan yang ideal. Ketika ini penggunaan stevia telah berkembang dengan meluas. Ianya telah diluluskan sebagai bahan makanan yang selamat dan menyihatkan di serata dunia. Brazil dan Jepun adalah pengguna stevia yang terbesar sejak 20 tahun lagi. Kajian saintifik menunjukkan stevia tiada kesan sampingan berbahaya .  Telah diluluskan oleh FDA pada tahun 2008 dengan status GRAS. (Generally Recognised As Safe). KELEBIHAN STEVIA Stevia tidak mengandungu kalori dan tidak beracun, san...

BERASA LAPAR ATAU BENAR-BENAR LAPAR?

Masalah orang yang ingin menjaga pemakanan (berdiet) adalah apabila mengalami "tingkahlaku impulsif" iaitu tingkahlaku yang serta-merta dan tidak dapat dikawal untuk mencari makanan apabila berasa lapar. Dalam banyak kajian psikologi, orang yang berbadan besar selalunya lebih banyak makan kerana tidak dapat mengawal tingkah laku ini, bukan disebabkan mereka benar-benar lapar. Berasa lapar dan benar-benar lapar adalah suatu keadaan berbeza. Berasa lapar mula terasa apabila gula dalam darah mula menurun apabila sudah lama tidak mengambil makanan, sementara benar-benar lapar berlaku apabila gula dalam darah sudah berada dalam tahap yang rendah (dalam julat yang normal). Mereka yang mempunyai tingkah laku impulsif ini didapati mengambil makanan, bukan untuk mengurangkan rasa lapar (hunger), tetapi mengambil makanan untuk memenuhi selera (appetite) mereka. Inilah cabaran bagi mereka yang berdiet untuk mengurangkan "tingkah laku impulsif" untuk terus mencari makan...