Skip to main content

Posts

DISERANG BINATANG BUAS

Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mangsa yang diserang binatang liar seperti ular, gajah, babi hutan, seladang, harimau, beruk, siamang, ungka dan buaya layak mendapat bantuan  sehingga RM20 RIBU! Serius, saya sendiri pun tak tahu ni. Baru kejapan tadi menonton rancangan TV3 Alert. Tapi dia tak terangkan secara detail bagaimana cara nak memohon. Boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk maklumat lebih lanjut.

LAW OF ATTRACTION

Law of Attraction. Positive akan menarik positive. Negative akan menarik negative. Letak benda busuk akan menarik lalat dan langau mengerumun. Umpan apa yang kita guna, ikan yang kita inginkan akan datang. Andai kita rama-rama, kita akan mencari bunga. Andai kata kita langau, kita akan mencari bangkai. Macam tu jugaklah dalam media sosial ni, benda apa yang kita suka follow? kawan atau follower jenis apakah yang akan ikut kita. Kasih sayang mengundang kasih sayang. Benci mengundang permusuhan.

BISNESS MOBILE SPA

Saya tahu mesti ramai yang minat dengan bidang kecantikan, kan. Dan mesti juga ramai yang berangan-angan miliki kedai spa sendiri. Pernah dengar mobile spa? atau dalam erti kata lain, spa bergerak? Ok, mobile spa ni awak semua tak perlu punya kedai atau peralatan besar canggih. Dengan hanya peralatan yang mudah dan sesuai kita bergerak ke rumah pelanggan, mengikut temujanji yang telah ditetapkan. Dengan gaya hidup yang sibuk sekarang ni, ramai yang tak punya masa untuk berkunjung ke spa. Disinilah fungsinya kita buat mobile spa untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat spa. BEST KAN. BISNES MOBILE SPA TWB. Tawaran bisnes mobile spa bersama TWB. 1. Ada 5 servis spa semasa training. 2. Kami menyediakan peralatan asas siap ada beg sekali tau, produk skincare yang sememangnya selamat, berkesan dan terbukti. 3. Peluang untuk dapat 5 penjuru pendapatan selain instant cash! 4. Peluang untuk melancong ke luar negara bersama TWB setiap tahun. 5. Anda akan dimasukkan...

KHIDMAT VAN JENAZAH PERCUMA

Tahu tak? Terdapat satu badan amal yang boleh membantu memandikan jenazah di hospital dan seterusnya menghantar jenazah ke mana saja ke seluruh semenanjung Malaysia secara PERCUMA kepada yang tidak mampu atau  berapa saja yg termampu. Sekarang team amal ni juga ada menyediakan mpv untuk membawa pesakit, orang tua, ibu mengandung, asnaf  dan OKU yang hendak ke hospital secara percuma juga kepada yang tidak mampu. Bolehlah kongsikan info ini untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan. Boleh contact, saudara Mohd Zulhairi Zainol.  Call atau whatsapp di 012 249 3378  dan follow facebook beliau (Mohd Zulhairi Zainol) Untuk sesiapa yang ingin membuat amal jariah, sedekah dan sumbangan boleh berhubung terus dengan beliau juga ye.

CIRI-CIRI PRODUK KECANTIKAN ADA MERCURY

Apa yang perlu anda buat? Sebelum membeli minta sekali penjual tunjuk cream tersebut. Jika membeli secara online mintak mereka hantar gambar. Dari situ sedikit sebanyak kita boleh kenal pasti. Bagaimana nak tahu krim yang digunakan selamat atau tidak? 1. Kenal pasti baunya. Umumnya baunya agak keras, berbau logam, bau lain macam atau mungkin berbau wangi yang kuat/menyengat. Bau wangi itu sebenarnya utk menutup atau menghilangkan bau logam merkuri tersebut. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. 2. Krimnya melekit-lekit Krim pemutih biasanya melekit-lekit kerana dicampur dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. Selain itu, krim terasa kasar bila disapu pada kulit. Bila disapu kat muka, tak smooth rasa kasar melekit-lekit macam gam. 3. Tekstur cream nampak agak mengilat . Cara mengujinya, oleskan sedikit pada cermin atau kaca. Bila nampak mengilat kemungkinan produk tersebut mengandungi mercury. Produk cre...

BILA MESIN CDM BANK BUAT HAL

Pernah tak korang kena game dengan ini mesin? Duit dah masuk, tetiba mesin out of service! Resit pun tak sempat keluar lagi. Mesti panik kan? Masuk ke tidak? Apatah lagi dalam jumlah duit yang banyak. Kalau kena dalam bank ok lagi. Tapi kalau kena dekat stesen minyak/shopping mall/ Seven Eleven? Satu hal nak kena berlari ke bank. Nak drive ke sana, cari parking..eh macam-macam lah.. Korang tak perlulah berlari ke bank menangis meratap nasib. Apatah lagi korang marah bagi pelempang sedas dua pada CDM mesin ni pulak. Apa yang patut korang buat? Rilex.. bawak bertenang. Jangan pergi ke mana-mana. Diri tegak depan mesin tersebut.  Tarik nafas dan dongak ke atas. Ada nampak tak nombor talipon 1300886688? Call nombor tu. Nasib tak bape nak ada, paling lama tu sebuah lagu kau berjaya habis nyanyi ulang chorus 2 kali 5,  mungkin baru berjawap. Harap bersabar. Nanti dia akan mintak nama, no acc, ic, no talipon. Jumlah masuk, waktu dan CDM ID. Jika masukkan duit ke acc o...

VITAMIN CINTA SUAMI ISTERI

Semua orang tahu, vitamin E adalah vitamin kecantikan.  Baik untuk kulit dan rambut. Selain memudarkan parut, jeragat dan dapat membantu mencegah 80 jenis penyakit. Tapi apa kena memgena Vitamin E dengan hubungan suami isteri? Vitamin E menstabilkan hormon 'cinta' lelaki dan wanita. Kebaikan untuk suami & isteri: 1. Lebih tenaga. 2. Ereksi lebih lama. 3. Lebih mudah terangsang. 4. Libido yg lebih kuat. 5. Orgasma yg lebih kerap dan kuat. 6. Meningkatkan pengeluaran air mani dan sperma.(suami) 7. Menstabilkan hormon lelaki dan wanita. (keinginan seksual meningkat.) Vitamin E Shaklee adalah vitamin E yg semulajadi. Kenapa penting untuk memilih vitamin E semulajadi? Sebab ianya mudah diserap berbanding vitamin E sintetik. Vitamin E sintetik adalah dari campuran bahan kimia yg lain. Vitamin E semulajadi bermula dgn kod 'd'. Vitamin E sintetik bermula dgn kod 'dl'. Sila semak pada kandungannya sebelum membeli. jika berminat, boleh juga t...