Skip to main content

BILA MESIN CDM BANK BUAT HAL

Pernah tak korang kena game dengan ini mesin?

Duit dah masuk, tetiba mesin out of service! Resit pun tak sempat keluar lagi. Mesti panik kan? Masuk ke tidak? Apatah lagi dalam jumlah duit yang banyak.

Kalau kena dalam bank ok lagi. Tapi kalau kena dekat stesen minyak/shopping mall/ Seven Eleven? Satu hal nak kena berlari ke bank. Nak drive ke sana, cari parking..eh macam-macam lah..

Korang tak perlulah berlari ke bank menangis meratap nasib. Apatah lagi korang marah bagi pelempang sedas dua pada CDM mesin ni pulak.

Apa yang patut korang buat?

Rilex.. bawak bertenang. Jangan pergi ke mana-mana. Diri tegak depan mesin tersebut.  Tarik nafas dan dongak ke atas. Ada nampak tak nombor talipon 1300886688?

Call nombor tu. Nasib tak bape nak ada, paling lama tu sebuah lagu kau berjaya habis nyanyi ulang chorus 2 kali 5,  mungkin baru berjawap. Harap bersabar.

Nanti dia akan mintak nama, no acc, ic, no talipon. Jumlah masuk, waktu dan CDM ID. Jika masukkan duit ke acc orang lain no ic tak diperlukan kot. Apa-apa follow je la apa yg dia nak. Jangan melawan.

No CDM ID? Alamak apa tu?

Nampak tak kaler kuning atas skrin belah kiri). Haaa itulah CDM ID. PENTING ni mudahkan dorang cek lokasi kejadian.

Dalam tempoh masa 48 jam, akan terima sms duit dah masuk. Jika dalam masa tu tak dapat, call balik no tersebut.

Tak yah gaduh pergi ke bank. Tapi saya tak pasti tu no free ke tidak. Talipon saya unlimited, cakaplah sampai muntah. 😆

Sabar je lah.

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...