Skip to main content

HEPI BESTDAY! TO ME



HEPI BESTDAY TO ME!


Mak kata kita lahir hari rabu...kat surat beranak tercatat pkl 11.04am...kt sepital Johor Bahru...mak juga kata masa sedang tunggu hari nak melahirkan kita, jerawat yg bertenggek atas hidung mak pecah dan darah kuar byk tak berhenti2...kesiannya mak kita...

Dan hari ini diketika ini genaplah umur kita empat puluh tahun...huhu... secepat itu masa berlalu...macam tak percaya je...

Mak... kita sudah besar...^_^
Terima Kasih mak sebab melahirkan & menjaga kita dgn baik...apa yang mak lalui dulu..anakmu ini juga sedang melaluinya...

"Ya Allah...KAU kasihilah ibuku sebagaimana dia mengasihiku semasa aku kecil"

Bila dah masuk umur gini...rupernye hidup ni singkat je...dulu tak perasan pon...
itu bermakna...faham2 sendiri je la ye...hihihi...

Dan diketika umur begini... beberapa kisah masa kecil  mungkin pertengahan/penghujung  umur 4 tahun tu masih ada dalam ingatan.....

Masih terbayang2 suasana rumah tu...kena cili dgn mak sbb cakap 'aku'...masa tu teringin sgt sebut perkataan tu...biasala yg dilarang tu makin membuak2 nk buat jgk...

Baling kawan umah sebelah dgn pasir...depan2 bapak dia pulak tu...hihihi...sibbaek tak kena marah dan bagusnya dia tak bgtau dgn mak...kalau bgtau mesti dah kena punya...mak kita garang tau....anak buat salah memanglah dia jadi garang... hihihi....

Cucuk kaki org dgn bunga api kucing tu...nampak hantu penunggu bilik...hihi..
abah bawak pusing2 basikal ditengah jalan raya waktu malam...dulu mana ade kete sgt...macam2 lagilah...karang bosan plk org baca...hihihi...

Dan yg paling terer gigit gelas kaca kt umah org...sbb geram dgn pakcik tu suka sakat dgn ular getah...hahaha...ingat lagi....kesian mak sambil bebel marah campur risau dia tolong basuhkan mulut dekat paip....dan yang baiknya kaca tu cuma pecah berderai dlm mulut dan tak luka apa pon...bila difikir pon mcm pelik...mungkin kacanya jenis rapuh kot...ntah lah...

Sebab apa boleh ingat...
sebab disitu ade satu perenggan dlm kehidupan kami sekeluarga...penghujung tahun 1977 , nak masuk tadika dah kami  terus berpindah ke satu tempat & suasana yg baru & lain dari sebelumnya...di situlah byk membantu membezakan bila sesuatu hal itu berlaku....

Walaupun tak semuanya tapi satu2 hal tu masih jelas dlm fikiran...
Tapi...lama2 semua tu juga akan hilang kan...oh sedihnya...

Alhamdulillah...syukur kepada Mu Ya Allah...atas rahmatMu...atas rezekiMU...ku mohon padaMu redhailah & berkati seluruh perjalanan hidupku ini...Terima Kasih Ya Allah...

Harini Maulidur Rasul juga kan...Salam Maulidur rasul utk semua...
Selawat dan salam kpd nabi kita...nabi Muhammad s.a.w

Hadiah? 

Pagi2 tadi incik asben dah wish kata dia "selamat ulang tahun yg ke 38"..hahaha..
tak dapat hadiah pon tak apa...sebab dia sebut yg ke 38...kihkihkih...




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara