Skip to main content

* TUBUH BERI SIGNAL


Apa...ingat kereta motor lori je ke yg boleh bagi signal...penyakit sebelum datang pon beri signal jugak tau...kalau kita prihatin dgn signal yg diberi ni, banyak masalah kesihatan & penyakit boleh kita ketahui. ok cuba perhatikan :


MATA


                                                                      
*Membran Pucat
Sekiranya bahagian bawah dlm mata anda kelihatan pucat, ia adalah tanda kemungkinan    masalah ataupun kekurangan hemoglobin dlm darah anda.
Atur pertemuan dgn doktor utk membuat ujian dan tambah pengambilan zat besi utk mengatasi masalah ini. Antaranya makan daging & sayuran berdaun hijau.

*Benjolan Kuning
Ia akan timbul di atas & di bawah mata anda. Benjolan ini sebenarnya adalah simpanan lemak berlebihan & petanda bahawa anda mempunyai tahap kolesterol LDL yang tinggi.
Kolesterol LDL ni adalah kolesterol jahat, manakala kolesterol HDL adalah kolesterol baik.
Kurangkan pengambilan daging, masakan berlemak & gorengan.


GUSI


* Gusi Merah & Berdarah
Anda mungkin mempunyai penyakit gusi iaitu gingivitis. Gingivitis boleh menyebabkan anda kehilangan gigi & kajian juga menunjukkan anda mungkin menghadapi risiko tinggi terhadap penyakit jantung, kencing manis & keguguran.

*Gusi Mengecut
Struktur gusi mungkin faktor keturunan namun ia juga mungkin punya kaitan dgn tabiat merokok & juga stress yg anda alami.


BIBIR & LIDAH



*bengkak & merah
Petanda mengalami masalah anemia, jadi berjumpalah dgn doktor utk mendptkan pemeriksaan.
Tambah pengambilan makanan yg mengandungi zat besi. Bagaimana pun masalah ini juga mungkin memberi tanda tubuh kekurangan vitamin.

*Ulser Mulut
Ramai yg mengalaminya namun kekerapan timbulnya ulser di mulut menunjukkan keadaan usus anda yg tidak sihat & anda mungkin menghadapi masalah colitis. Colitis ini adalah radang usus/bengkak usus.

*Bengkak Mulut
Mulut yg bengkak samada sakit atau tidak mungkin menandakan kanser oral terutamanya jika anda merokok ataupun minum minuman keras.


KUKU



*Tidak Rata
Sesetengah dari kita memang semulajadi memiliki kuku yg tidak rata atau sedikit berbonggol. Namun jika tiba2 saja anda mengalaminya, ia berkemungkinan kerana anda mengalami masalah anemia. Boleh juga disebabkan akibat kekurangan kalsium dlm diet anda.

*Tanda Putih Pada Kuku
Mungkin terkena benda keras namun ia juga menandakan anda kekurangan mineral zink. Mineral zink ini penting utk sistem kekebalan tubuh.
Ambillah telur, keju, beras perang utk menambah mineral ini.


KAKI & TUMIT



*Urat Timbul
Sekiranya anda tidak cukup aktif, darah mungkin terkumpul di bahagian kaki. Lama kelamaan akan menyebabkan jaringan urat semakin kelihatan.
Atasinya dgn melakukan senaman rutin & juga tambah pengambilan buah berwarna ungu spt blueberri & blackcurrent.

*Tumit Mengembang
Tanda berlakunya 'water retention', selalunya disebabkan oleh dehidrasi & tubuh terpaksa bergantung kpd jumlah air yg sedikit.
Minum lebih air & elakkan minuman berkafein, alkohol & teh pelawas.


AIR KENCING & NAJIS



*Warna Kuning Pekat
Tanda anda kekurangan air, tingkatkan pengambilan air kosong sehingga 2 liter sehari. selain itu minumlah teh herba & jus buah.

*Warna Merah atau Merah Jambu
Jangkitan pd pundi kencing akan meyebabkan pendarahan. Sekiranya ia disertai dgn gejala spt panas dibahagian sulit dptkan nasihat doktor.

*Darah Pada Najis
Selalunya ia adalah petanda masalah haemorroid atau luka dibahagian anus akibat kekurangan serat. Selain itu ia juga mungkin ada kaitan dgn penyakit kanser usus.


Macamana ada tak tanda2 macamtu?...Jika ada cuba atasi dgn saranan yg diberi tapi jika berlarutan segera dapatkan rawatan doktor utk pemeriksaan lebih lanjut.







Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...