Skip to main content

BUBUR OOHHHH BUBURRRR

Nak dengar citer tak?

Citer pasal bubur...bukan citer seramlah...citer yang menghampehkan hatiku.....

5 tahun nan lepas....masa tu baru pindah ke Terengganu.....kitaorang pergilah ke Mydin Mall untuk beli barang-barang dapur...lepas dah memborong tu singgahlah kat food court Mayang Village betul-betul kat sebelah mall...jadi tak yahlah melilau cari kedai  di tengah cuaca panas yangg terik...dah lah baru pindah...nak cari kedai lagi... nak fikir makan apa lagi...dengan perut berdendang riangnya lagi...eh...ada baby tau dalam perut masa tu...

Tetiba tekak teringin nak makan bubur nasi....kan sedap makan masa cuaca panas macam ni kan...selera je rasanya....tetiba jugak teringat makan bubur nasi kat Taman Pelangi Johor Bahru (ada lagi tak ek sekarang ni... dekat lot parking kete...malam je dia ada)...nak balik masak...alahai....perut dah lapar...nak meyediakannya lagi satu hal....aduhh...kebulur! tengok punya tengok tetiba ternampaklah dia tulis situ NASI AIR...mesti bubur nasilah tu kan...nama je lain...kata orang lain padang lain belalang....

Waahhh...pucuk dicita ulam mendatang...taklah nanti baby dalam perut ngenceskan..sian dia...mesti sedap ni....dengan rasa hepi i'm lucky lucky mintak cik abang orderkan...tak sabar dah.... terbayang-bayang dah macam kat bawah ni....



ada telur masin, udang kering sambal, lobak asin
kangkung belacan, ikan bilis asam

Sampai je atas meja....taraaaa....



Nasi lembik buh dalam kuah daging...ada isi ayam sikit
ikan bilis goreng & limau nipis
* gambar dari tenet ni

 Betullah kata bidalan...lain padang lain belalang....^_^


Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...