Skip to main content

NASI AYAM SEPESEL








Nasi:
4 cawan beras
4 1/2 cawan stok ayam
3 bawang putih * kisar
2 in halia * kisar
3 helai daun bawang *amik bahagian bawah sekali bersama buahnya
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan sos tiram
2 daun pandan
4 sudu makan marjerin (minyak masak biasa pon ok je..)
- tumis bahan kisar, masukkan btg bawang, daun pandan
- masuk sos tiram , minyak bijan
- tuang pada beras 
- tanak seperti biasa

*stok ayam tu boleh je masukkan 1 kiub ayam pada beras yg nak di masak atau pun didihkan 41/2 cwn air tadi dgn 1 kiub ayam...abis citer :)


Ayam:




sekor ayam
3 bawang putih *tumbuk
1 in halia *tumbuk
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cuka
1 sudu makan madu
- ayam direbus dgn halia & toskan 
- bahan tumbuk digaulkan dgn semua bahan, perap 1/2 jam sebelum digoreng
- goreng hingga keperangan je, jgn lama-lama, lagipun ia dah masak kan

*boleh jgk tak yah rebus ayam tu, perapkan je dgn bahan TAPI...hihihi..
karang bila digoreng bahagian luarnya nampak rentung tak cantik...sbb ada madu ngan kicap kan...tak boleh lama-lama sgt...gitu...:) 


Sos Kicap:


kepedasan ikut suka hati


5 cili padi * tumbuk
5 bawang putih *tumbuk
sedikit halia *amik je dari halia rebusan ayam td & ditumbuk
sedikit stok ayam
sedikit kicap masin
sedikit kicap pekat
sedikit tepung jagung
2 sudu makan sos tiram
- gaulkan semua bahan kecuali tepung
- panaskan atas api
- bila dah panas masukkan tepung jagung



Sos Salad:


www.hello-zura.blogspot.com
telur rebus, tomato, timun & daun salad


bahan-bahan perlu dikisar halus & sos kena pekat ye..

5 cili merah buang biji
3 bawang putih
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
garam
gula
sedikit cuka *optional
- kisar semua bahan, masukkan 1 atau 1 1/2 cawan air
- masak hingga didih

*kalau kurang masam, tambahkan sikit cuka, kasi seimbang rasa masin masam & manis ye..baru ngam!





Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...