Skip to main content

RESIPI : CHOCOLATE CHEESE MOUSSE

sila abaikan deko yg tak cantik tu..
bab deko mendeko ni mmg failed sokmo

lap-lap & usap-usap dulu tepi loyang tu
utk memudahkannya keluar cantik
setiap kali nak potong panaskan pisau pada api
nanti mudah utk potong & nampak cantik  

dia punya rasa macam Secret Resipi punya
iyeee....seyes ni..tak caya ke?
kalau gitu kena cuba :)

nampak tu...
rasanya macam makan kek eskrem

Secret Recipi yg dah tak secret lagi...
;P

Kek ni amik masa seharian jgk...kalau buat pagi, lewat ptg  baru boleh ngap kot...itu pon tengoklah pukul bape pagi tu nak mula...bayangkan kalau buat tengahari atau petang...ermmmm...bayangkan sendirilah ye...hihihi...
Dinasihatkan sebaiknya buatlah malam biar dia duduk bertapa dlm esbok lama-lama...lagi cantik & sempurna kejadiannya tu karang..

Hokay...selamat mencuba..


Lapisan Base:

(loose pan size 8in)
120g biskut tiger * hancurkan
70g butter * dicairkan
- cairkan butter dan satukan dgn biskut hancur, tekan pada loyang hingga mampat
- simpan dlm esbok

Lapisan Cheese:
250g cream cheese
120g gula castor
150g UHT whipping cream
1 1/2 sudu makan gelatin
60ml air panas
80ml susu segar
- tabur gelatin pada 60ml air panas, kacau-kacau hingga larut
- pukul cream cheese dan gula hingga kembang
- masukkan whipping cream
- satukan larutan gelatin dgn susu segar
- tuang pada adunan cream cheese tadi
- tuang pada lapisan base biskut tadi
- masukkan dlm esbok- 2 jam

Lapisan Choc Mousse
250g non-diary whipping cream
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu makan gelatin
50ml air panas
50g serbuk koko
80g gula icing
1/2 cawan air suam
1 sudu makan nescafe
1 1/2 sudu makan air panas
- serbuk koko + gula icing+ 1/2 cwn air suam, bancuh rata jadikan pes
- nescafe + 1 1/2 sudu makan air panas, kacau rata (kalau pekat campur sikit susu manis)
   *saya guna 2 sudu makan air nescafe dlm tin je*
- tabur gelatin pada 50ml air panas, kacau hingga larut
- putar whipping cream hingga kental
- satukan semua bahan dgn whipping cream yg telah dipukul, kaup balik saja hingga rata
- tuang pada adunan cheese yg disejukkan dlm esbok tadi
- simpan dlm esbok semalaman

Lapisan Chocolat Ganache:
200g coklat masakan * potong kecil2
150g uht whipping cream
-panaskan whipping cream hingga berbuih tepi je jgn lama-lama
-masukkan coklat, gaul rata
- sejukkan sebentar baru tuang pada kek yg dah disejukkan tu









Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...