Skip to main content

TIPS UNTUK MENGURUSKAN BADAN



JANGAN SUKA BERLAPAR
Makanan memberi tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh akan membakar otot utk menggantikan makanan. 
wah..dengar mcm baguslah kan...tapi ini akan mengakibatkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah...faham tak ni...Metabolisme yang rendah akan mengurangkan kadar pembakaran kalori. Maka berkumpullah lemak dalam tubuh badan.

BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Air mengurangkan selera makan secara semulajadi & membantu me'metabolisma'kan simpanan lemak dalam tubuh. Sebelum makan makanan berat minumlah air terlebih dahulu.

ELAKKAN MINUMAN BERKARBONAT
Ianya tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak gula.

KURANGKAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan pengumpulan air dalam badan.  Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna tubuh badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

KURANGKAN GULA
Setiap 1 sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

SARAPAN ITU PENTING
Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah, kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk.

JANGAN GELOJOH
Makan dengan perlahan-lahan dengan ini tubuh akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepuasan. Pastikan kunyah makanan dengan betul supaya  makanan mudah dihadam.

KERAPKAN MAKAN
Kerapkan makan tetapi dengan kuantiti sedikit daripada makan hanya sekali atau dua kali dengan kuantiti yg banyak.

LIMAU &  OREN
Minumlah minuman jus limau/oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak.

SERAT
Buah-buahan & sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral & serat.

JANGAN MENIMBANG BADAN 
Jangan menimbang badan setiap hari kerana anda tak akan nampak perubahannya. Jika anda minum dengan banyak, kemudian timbang, pasti berat badan akan meningkat. Ini meyebabkan anda menjadi putus asa.

AMBIL MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili & biji sawi boleh membakar kalori. Lada hitam pula dapat meningkatkan penghadaman dan pembakaran lemak.

BIJIRIN & KEKACANG
Bijirin adalah sumber tenaga. Ia juga banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, minera & sedikit lemak.

KESIHATAN ITU LEBIH PENTING
Tumpukan perhatian untuk sihat bukan untuk kurus. Pilihlah makanan yang boleh menyihatkan tubuh badan.

CARA MEMASAK
Cara memasak yang lebih baik bagi mengurangkan kalori ialah dengan mengukus, merebus & memanggang. Bagi sayur-sayuran tumislah dengan sedikit minyak. Hindari dari menggunakan lemak haiwan.

GUNA PIRING
Ketika memilih makanan gunakan piring yang rata. Ambil sayuran terlebih dahulu, diikuti nasi dan yang terakhir lauk.

BANYAKKAN BERJALAN
Ini akan membantu dalam membakar kalori, setiap 25 langkah satu kalori akan digunakan.

*sumber Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKKL)

Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara