Skip to main content

5 PETUA LIMAU KASTURI

Limau kasturi atau limau sambal
Kalau bab limau nipis rasanya semua orang tahu kegunaannya kan...boleh buat lumur rambutlah...kulit kepalalah...kulit badanlah...dan boleh buat ubat diet....limau kasturi ni tak ramai yang tahu khasiatnya....errrr... ntah-ntah saya sorang je kot yang tak tahu.... saya rasalah limau ni lebih tajam asidnya dari limau nipis tu...gila nak tonyoh kat kulit...kena pulak kulit yg nipis...pedih...nak minum selalu boleh nipis perut dibuatnya...itu kata saya lah...saintifiknya saya tak tahu....yang saya tahu buat cuci ikan dengan buat sambal belacan pastu kulitnya hiris nipis-nipis buh sekali situ...mak kata nanti ketiak tak berbau... ^_^


1. Ubat Batuk

Jus limau+kicap+garam, minum setiap pagi dan malam, batuk akan semakin pulih.

2.Hilangkan Minyak pada Baju

Perah sebiji limau kasturi pada piring, campurkan dengan sedikit garam. Gosok pada bahagian yang terkena minyak, biarkan dalam 5-10 minit. Akhir sekali basuh baju macam biasa.

3.Ubat Lelah/Sakit Tekak akibat Lendir dan Kahak

Untuk dewasa, campurkan jus limau kasturi dengan sedikit  lada hitam. Kacau rata kemudian minum. Untuk kanak-kanak , gantikan lada hitam dengan madu untuk elakkan kepanasan.1 sudu besar madu asli + 5 titik jus limau kasturi . Boleh minum bila-bila masa walaupun tidak diserang lelah. Amalkan seminggu sekali.


4. Ubat Pening Kepala

Ambil sebiji limau kasturi, potong sedikit di bahagian atasnya. kemudian picit sedikit limau tersebut sehingga cecairnya keluar menghala ke arah hidung.

5. Mengatasi Badan Berbau

Amalkan selalu makan kulit limau secara mentah.





Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara