Skip to main content

LUAHAN HATI SEORANG ANAK FELDA






Ye... saya anak peneroka...bapa saya seorang penoreh getah....itu dululah tapi sekarang dah ditanam dgn kelapa sawit pulak...saya bangga & tidak malu pun...cuma adakalanya ada suara-suara sumbang yang sangat sangat sangat mengguriskan hati & perasaan...

Buat kepada yang berkenaan, sesungguhnya kami tak nak termasuk dalam golongan orang yang tidak mensyukuri nikmat, rezeki & peluang yang telah Allah berikan kepada kami. Kami tidak bodoh sehingga mempamerkan kebodohkan diri sendiri.

Terima kasih juga kepada allahyarham Tun Abdul Razak atas idea (sudah semestinya idea itu datangnya dari Allah) atas penubuhan Felda ni.


Daripada abu Hurairah r.a, nabi SAW bersabda:
'Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah'
(Riwayat al-Tirmizi)

Mak abah saya orang susah...tiada mewarisi harta pusaka....tiada berpelajaran tinggi...abah dulu bekerja sebagai driver lori...selalu turun naik ke Singapura utk menghantar barang...selalu tak ada kat rumah...seingat saya masa kecil dulu jarang berjumpa dengan beliau...pagi beliau pergi saya belom bangun...malam balik saya sudah tidur....

Mereka mohon masuk Felda...Alhamdulillah...permohonan diluluskan...memang susah kehidupan masa mula-mula tu... keadaan felda masa tu jauh sangat berbeza dgn felda sekarang...boleh dikatakn 360 darjah dia punya perbezaan....saya masih ingat lagi... ketika baru-baru pindah umur saya dlm 5 tahun lebih...memanglah tak tahu apa sangat...tapi dari sehari ke sehari...bulan ke bulan...tahun demi tahun....lama kelamaan saya dpt merasai betapa susahnya masa itu...

Bekalan air paip tak ada...nak mandi... nak basuh baju kena pergi ke paya bawah bukit kat belakang rumah....mak akan angkut air  bawak naik ke atas utk memasak...karen pon tak ada...guna pelita...berjelaga lubang hidung....bila buat kerja sekolah ada masanya naik hangit rambut terbakar....ada duit sikit...abah beli lampu pam...

Gas jangan cakaplah memang tak ada... hidupkan dapur kena tiup...kalau hari hujan makin kuatlah tiupan mak utk menghidupkan api...dah senang sikit abah beli dapur arang...pon masih kena tiup tapi taklah seteruk sebelumnya...lama lepas tu baru guna dapur minyak....bila saya dah besar sikit & boleh diharap...saya ada jugak tolong mak angkat air...basuh baju kat paya bawah bukit tu....aduuhh pitam..seyes nak nanges... berat...bawak baju basah.... bawak air....naik bukit...penuhkan bekas-bekas kosong...

Kesiannya mak saya...belah pagi menolong abah menoreh...mengangkat susu getah...petang mengangkat air dari paya....disebabkan saya anak yang sulung saya merasai susah payahnya mereka masa tu...mak & abah tetap cekal meneruskan kehidupan di situ...bila hujan tak menorehlah jawapnya...kenderaan? masa tu abah hanya ada basikal saja...pelan-pelan akhirnya dapat memiliki motor...

Alhamdulillah...akhirnya...semuanya telah menjadi hak mereka...tapak rumah...kebun...sudah dipindah milik kepada mereka sepenuhnya....mak abah dah tak perlu bersusah payah macam dulu lagi...mengerah kederat...berhempas pulas...berhujan berpanas....sekurang-kurangnya mereka sudah selesa walaupun tidak mewah hatta berada utk menghabiskan sisa-sisa usia yg masih ada...

Adakah saya dapat memberikan abah & mak tempat tinggal seperti sekarang? adakah saya dapat menyara kehidupan abah & mak seperti sekarang? secara peribadinya saya tak mampu...saya sendiri bukannya berjawatan tinggi...dan sejak berkahwin jawatan saya hanyalah pengurus rumah tangga saja.

Sekarang mak abah ada tempat tinggal yang selesa...rumah sendiri...tak perlu berpindah randah...tak perlu menyewa sana sini...berpanas berhujan bagi mencari rezeki...lebih-lebih lagi diusia sebegini...sedih dan simpati bila melihat ada makcik pakcik yang masih mengerah kederat menyapu sampah ditepi-tepi jalan demi mencari sesuap nasi... syukur mak abah saya tak perlu bekerja keras lagi...mak abah saya hanya perlu menyapu sampah di kawasan rumah mereka sahaja...bukan di tepi-tepi jalan...di tengah cuaca panas terik maupun hujan...

Macam-macam tohmahan yang dilemparkan kepada warga Felda oleh suara-suara sumbang orang yang kecewa...oleh suara-suara sumbang orang yang dah lupa...oleh suara-suara sumbang orang yang iri hati....

Biarlah orang nak kata Felda menipulah...orang yang menyokong Felda bodohlah...macam itulah...macam inilah....bla..bla..bla...

Biarlah kalau orang nak kata apa pon...biarlah orang nak berhujah apa pun....
Biarlah mereka terus berkata...biarlah mereka terus mencerca....biarlah mereka terus menghina.... biarkan...biarkan...biarkan...



Menuntut hak jangan sampai jadi tamak




Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara