Skip to main content

RUPA BENTUK HANDPHONE DAHULU....SEKARANG...AKAN DATANG




haaa...korang pernah nampak tak handphone gaya ni??

saya pernah terserempak sekali dua je benda alah ni

itupun ternampak dalam kereta jip

tak pernah lagilah nampak orang bawak ke hulu ke hilir


puas jugak ku menggeledah rumah pak cik google carik gambar ni....

terima kasihlah pada yg empunya gambar...



Tak lama lepas tu baru nampak orang pakai handphone macam dalam gambar ni

tapi warna hitamlah...warna cerah macam ni memang tak pernah jumpa pon....

bila makan kat kedai bubuh atas meja...setongkol besar gitu...

kembang tak kempis-kempis hidung bila orang tengok...hihi..

gempak seyyy sape yang guna masa tu...

kita ni tukang pakat tengok je ler...tak mampu..

jadi gunalah public phone...

hokayyy apa...hihi


lepas tu keluar yang ada cover tutup bukak tu...

ada antena koooo....

kalau nak buat panggilan kenalah tarik keluar antenanya tu...

kira canggih & terkinilah sape yg pakai masa tu...

bayangkanlah sikit punya macho masa guna tipon gaya ni...

ko hader???...ku pon tak ada...hihihi...


lepas tu saiznya makin kecik, aerial pon dah tak de you...

ringan, skrin pon dah mula ada yg kaler-kaler....siap boleh gantung kat leher lagi...


dahlah gitu dah boleh main tulis-tulis hantar pesanan


tak yah nak cakap-cakap sangat...


ada game jgk tau....yg pemes game ular...


masa ni dah gunalah tapi ehsan dari incik suami ler...ngeeee....

itu pun bukannya yang baru-baru keluarlah..

dah berjamang dan bermacam-macam jenis model baru lah merasa guna..

kesian kan...tsskkk....

kiranya makin kecik makin slim makin canggihlah masa tu....


tapi tengoklah yang sekarang punya...dah kembali saiz besar tapi nipis ler...

boleh melayari tenet internet, kamera, video call....bla..bla..bla... macam-macam lah...


tengok tu dah macam buku tersepek kat muka daa...


tu tak guna cover lagi...kalau tak...harus tertutup muka terus....^_^


akan datang macam ni agaknya kot...

boleh dilipat-lipat...atau bila nak guna untuk bukak melayari tenet...


boleh ditarik -tarik jadi besar...

stretchable gitu

agaknya lahhh....

wait n i see you je la nanti....






Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara