![]() |
| Bersatu kita teguh bercerai kita runtuh |
Lihatlah saudara-saudariku yang dikasihi & dihormati...bukalah mata hati...buangkan rasa benci...
'Mereka' bersatu... 'mereka' sedang menggapai & hampir mencapai matlamat...diketika ini ada diantara 'mereka' sedang menanti & memerhati...dan sekarang 'mereka' yang sedang menanti & memerhati itu telah nampak...sudah pastinya di masa mendatang 'mereka' akan bersatu selama-lamanya...
Sebelum ianya terlambat...marilah kita yang berada dikelompok bawah ini bersatu sesama sendiri dulu...ketepikan dulu rasa tidak puas hati...ketepikan dulu fahaman ideologi masing-masing yang sebenarnya masih lebih menjurus kepada kebendaan & keduniaan juga...tiada bezanya...
Kita tukar strategi...kita mulakan & bukakan jalan...pemimpin yang kita sokong itu sikit jumlahnya berbanding dengan penyokong masing-masing...Umpama penyokong itu peminat...pemimpin itu artis...hati peminat perlu dijaga...'tanpa peminat siapalah saya'...sudah pastinya yang sikit akan mengikut yang ramai...
Dengan bersatu lebih mudah untuk menegur... lebih mudah untuk membentuk...lebih mudah untuk mencorak kepimpinan yang kita mahukan...
Tak perlulah lagi kita menunggu yang di atas untuk berubah atau mengubahnya...jalan penyelesaian itu sudah ada sebenarnya tapi sayangnya mata hati kita sudah tertutup akibat ketidak puasan hati...akibat rasa benci... akibat rasa dendam...
Sebelum ianya terlambat...sebelum nasi menjadi bubur...yang akhirnya hanya menang sorak kampung tergadai...
Ketika itu mungkin kita dah tiada...tapi fikir-fikirkanlah...anak-anak kita...

Comments
Post a Comment