Skip to main content

WHO LETS THE DOG OUT?


Takut tak dengan anjing?...takut kan...
tak kena kejar pon dah takut...lagi-lagilah bila dia berjalan dengan ekor bergerak kiri kanan...huhuhu...

Dari jauh kalau nampak anjing...muka pon dah cemas...mulut pon komat kamit baca "summum buk mum umyum farhum la yarjiun..." berulang ulang kali...

Nak dengar citer tak..citer basi dah..lamaaa dulu...

Ada sekor anjing ni...kecik molek je...kaler brown...
dia tak gigit orang atau takutkan orang... dia cuma suka terkeseng-keseng terhegeh-hegeh ikut orang berjalan...tak kira siapa yang lalu....semuanya dia nak ikut...
jenis macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...hihi..
kadang-kadang macam kesian tengok dia...terhegeh-hegeh kat semua orang yang lalu lalang...

Kitorang panggil dia 'Jonny' tak tahu siapa tuannya... anjing ni sewel (aunty-aunty & nyonya-nyonya kawasan perumahan tu lah yang cakap)
nak kata anjing terbiar...taklah berkurap comot...nak kata berkilat bulunya tak lah jugak...tapi rimas jugaklah dia asik nak ikut...kang terkena...satu hal nak kena cari tanah menyamak...ggrrrrr....

Satu hari...saya betul-betul disergah dek anjing...tak sempat nak baca doa tu...terkejut gegirl...alih-alih muncul depan mata gitu...bukan si Jonny tu...Jonny tu baik...anjing ni kecikkk je...macam kucing...tapi ya rabbi...garang amat...garang nak mampos...tak padan dengan kecik...orang kata jangan lari nanti dia kejar...tapi makin menjadi-jadi pulak anjing kecik ni...nak je ku seligi...rasanya macam dah kuat menjerit tapi macam tak keluar je suara...ku pon berundur...berundur...dan berundur...dan berundur... punyalah takut...sampai dah tak nampak apa dah...gelap suram je...yang ku nampak cuma si anjing kecik tu la...punyalah menggigil takut...nasib baik dia tak terkam...betul-betul macam samseng kampung dusun...eksen berlagak gayanya...

tiba-tiba...jengg...jengg..jenggg...

datang hero menyelamatkan diri ku ini...dia berdiri dengan gagah bergaya macho giler menghadangku dari anjing kecik tu...wahhhh...terharunyaaaa....so sweet...terasa selamat diriku ini...tiba-tiba terasa macam puteri diselamatkan oleh putera idaman...wahhhhh....(sempat lagik berangan tu..almaklum tengah masak ranum hihi)
apa lagi si hero tu pon terus menyalak ke arah anjing kecik tu...keteteran lintang pukang dia lari...hero tu pon spesis sama dia daa...
hahaha...yang penting den selamat...anjing pon anjing ler...

Nak tahu tak rupa-rupanya ku dah termasok dalam rumah orang daaa...patotlah jadi gelap suram...wakakaka...anjing hero tu tuan rumah punya ler...










Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan ...