Skip to main content

ASAL USUL LAGU NEGARAKU



Lagu negaraku yang menjadi kemegahan negara Malaysia adalah asalnya lagu rasmi negeri Perak yg berasal daripada Kepulauan Seychelles apabila dibawa pulang oleh bekas sultan Perak, Sultan Abdullah yg menjalani hukuman buang negeri kerana dituduh bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch.

Lagu yg asalnya dicipta penggubah Perancis,  Pierre Jean De Beranger ini kemudiannya diberi senikata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Perak.

Lagu rasmi negeri Perak ini dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yg diketuai perdana menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 ogos 1957.

Tunku Abdul Rahman berasakan negara perlu mempunyai lagu kebangsaan sendiri sebelum hari kemerdekaan pertama apatah lagi sejak 1956 semua negeri Tanah Melayu sudah mempunyai lagu kebesaran negeri masing-masing.


Tunku mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan dan sebanyak 514 lagu diterima dari seluruh dunia. Malah beberapa penggubah muzik turut dijemput mnggubah lagu kebangsaan, namun hasilnya ditolak.

Akhirnya jawatankuasa ditubuhkan bagi membuat keputusan utk mendengar semua lagu negeri sedia ada bagi mengenal pasti samada ada diantara lagu kebesaran negeri ini sesuai utk dijadikan lagu kebangsaan negara.

Selepas dipersetujui Majlis Raja-Raja Melayu, kerajaan mengeluarkan tawaran kpd penggubah muzik utk menggubah lagu berkenaan bersama senikatanya dan dimenangi oleh Saiful Bahri yg mencipta lagu Negaraku dlm 3 versi.

Ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir, lagu Negaraku berentak baru buat pertama kali diperdengarkan ketika sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada tengah malam 30 Ogos 2003. Liriknya masih dikekalkan cuma pada permulaaan lagu itu perlahan sama seperti irama lagu Negaraku yg asal dan selepas itu, pergerakkannya akan bertambah laju.

Peraturan memainkan lagu Negaraku juga termaktub dlm Akta Lagu Kebangsaan 1968.






Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

KUIH TRADISIONAL MELAYU

Banggakan... kita ni ada banyak jenis kuih tradisional... bermacam bentuk bermacam kaler...bermacam nama...unik-unik pulak tu namanya...bangsa lain rasanya tak punya nama seunik nama kuih muih kita... ada kot... Cuba korang bayangkanlah korang duduk obersea....pastu nak perkenalkan kuih muih kita ni...tempat dorang mana ada kan...dan dorang ni kalau benda yang pelik & lain dari yang lain memang dorang suka...jadi korang bukaklah satu gerai makan menjual kuih muih  tradisional kita ni... Dengan penuh semangat & punyalah bangga korang siapkan kuih muih untuk diperkenalkan pada mat saleh minah saleh...homemade with love pulak tu... Lepas dah siap-siapkan semua tu...korang pon susunlah cantik-cantik bagi menarik perhatian mat minah saleh semua tu... Punyalah hepi korang, berbaris panjang dorang beratur sebab jakun tengok aneka kuih yg tak da di tempat dorang kan... Bread Pitt : Hello Miss... what is this? Korang    : Hi sir...this is...  jump ...