Skip to main content

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI...TUAH TEGAR?



Sebelum terkenal sebagai penyanyi, seperti sekarang ini,  Dia dan keluarganya hidup serba kekurangan. Menurut ibunda Tegar, Ratna, "untuk makan sehari- hari saja sulit". Ditambahkan Ratna, karena miskin di kampung tempat tinggalnya, tak ada yang peduli dengan keluarga mereka. "Meremehkan keluarga Tegar. Menganggap keluarga Tegar gembel," kata Ratna di acara Seputar Obrolan Selebriti (SOS) ANTV, Senin, 24 Juni 2013.

Tak hanya itu, saat meminta tolong bantuan untuk sekadar makan, Tegar dan keluarga harus mendapatkan dengan perjuangan yang keras. "Kalau minta makan sama keluarga, harus nangis-nangis dulu," tutur Ratna mengenang masa susahnya.


"Sekarang semua orang ngaku-ngaku saudara," ucap ibunda Tegar.



Tegar lahir di Subang (Indonesia) memang mempunyai cita cita menjadi penyanyi namun lantaran keluarga yang pada saat itu mempunyai masalah ekonomi menjadikan Tegar kanak-kanak yang berdikari sendiri dan berusaha mencari rezeki dengan mengamen (pemuzik jalanan). Terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu untuk membiayai yuran sekolahnya. Dan Tegar telah mengambil keputusan untuk menjadi pemuzik jalanan untuk mencari sesuap nasi untuk dia dan keluarga. 

Ayah tiri Tegar adalah seorang buruh kasar sedangkan ibunya adalah juga pengamen (pemuzik jalanan) di stesen Kereta Api di kawasan Pegadean. Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah yang hanya berukuran sekitar 4 x 6 meter bersama 3 orang lagi adiknya yang masih kecil. Namun Tegar mengaku bahawa dia mulai menjadi pengamen (pemuzik jalanan) pada saat umur 7 tahun lagi.

Begitulah serba sedikit kisah si Tegar ni. Hakikatnya pemuzik jalanan seperti dirinya banyak terdapat di Indonesia. 


Sekarang ni mana-mana orang sebut pasal si Tegar...dia dah terkenal sampai ke Malaysia bukan kerana dia pandai magician atau pakar matematik sebaliknya dia adalah antara barisan contoh pemuzik jalanan ( disebut pengamen jalanan) yang tiba-tiba meletop popularnya....


Itulah kata  bidalan, "tuah ayam nampak di kaki...tuah manusia siapalah yang tahu"....tapi kalau tak kerana dek kesungguhannya berusaha, berdikari dan tidak mengenal putus asa demi mencari sesuap nasi...takkan datang tuahnya bergolek gitu aje kan...Dengan suaranya yang merdu dan kemampuannya membuat lagu, dia berusaha dan mempergunakan sepenuh bakatnya yang ada demi mencari rezeki yang halal. 

Pada saat anak-anak sebayanya di Malaysia kenyang dan buntal kerana banyak makan, Tegar terpaksa menjadi penyanyi jalanan demi mencari sesuap nasi.

Pada saat anak-anak muda mencari jalan mudah untuk hidup senang dan tidak mahu berusaha, Tegar kenal jati dirinya dan berusaha melaluinya. 


Di kala orang tua mencari rezeki, Tegar juga terpaksa mencari rezeki.


Tegar tak minta dirinya susah, namun atas dasar nasib dan kesempitan di Indonesia, Tegar melupakan hasratnya untuk menjadi pelajar. 


Sedangkan anak-anak di sini banyak disediakan bantuan persekolahan (bagi ibu bapa yang berusaha mencari bukan mengharap bantuan datang bergolek sendiri)...itupun tak nak belajar bersungguh-sungguh...


Insan-insan seperti Tegar memberikan kita peringatan penting, MENSYUKURI NIKMAT.

Belajarlah dari kesusahan  orang-orang seperti Tegar kerana dari situlah kita akan FAHAM AKAN NIKMATNYA HIDUP ALLAH SWT BAGI KEPADA KITA DI BUMI BERTUAH BERNAMA .....MALAYSIA !



BERSYUKUR.



Hari ini kita lupa akan kesusahan orang lain.

Hari ini kita lupa kepayahan orang lain.
Lupa yang akhirnya menyebabkan kita semakin lalai.


Hari ini kita bersungut  dengan bermacam-macam hal yang tidak memihak pada diri sendiri

Hari ini kita mengeluh dengan bermacam-macam perkara yang kita tidak ada
Hingga lupa dengan apa yang telah dimiliki...





Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...