Skip to main content

AMEER & LATE BLOOMER

Inilah lukisan pertama Ameer yg dilukis & dikaler secara spontan...
dia lukis guna pen...satu perkembangan yang menarik bagiku...
(30 Sept 2013)

Ternampak di akhbar BH semalam...dalam ruangan Famili kendalian Dr Mastura Badzis, Pakar Perkembangan Kanak-kanak, tentang luahan seorang ibu mengenai anak lelakinya yang berumur 3 tahun masih belom lancar bercakap...setelah dibaca penerangan yg diberikan...anaknya memang tak ada masalah lain...menurut kata doktor ini dikenali sebagai LATE BLOOMER.

Daku pon terus carik maklumat kat tenet...dan betullah anakku juga 'late bloomer'...Anakku, Ameer sekarang dah umur 5 tahun mengalami situasi yg sama seperti ibu tersebut...masih tak boleh bercakap dengan sempurna ketika umur 3 tahun.


MUNGKINKAH?

Mula-mula dulu terfikir jugak, mungkinkah Ameer autisme?...bila diperhatikan dan membuat sedikit ujian... perkembangan fizikalnya normal...faham peraturan & arahan...boleh beri tumpuan...aktif bermain....punya imaginasi bila bermain sorang-sorang...pendek kata tak de masalah...dan tak ada langsung ciri-ciri autisme...

Atau mungkin sebab jaraknya jauh 10 11 tahun dari abang-abangnya? atau sebab dia tak de bercampur dengan kawan-kawan seusianya? kalau itu, tak mungkin Ameer tak boleh bertutur langsung! lagipun kami sentiasa berinteraksi dengannya...abang-abangnya pon suka bermain dengannya sebab Ameer seorang yang aktif.

Atau mungkin kesan sampingan jaundis semasa bayi?...

Ya...Ameer pernah di tahan di wad selama 4 hari...diletakkan dibawah cahaya lampu atas dan bawah...hari ke 2 dan ke 3 doktor panggil kami...supaya dibuat pertukaran darah... suami tak bersetuju...daku korbankan waktu berpantang... ulang alik dari rumah ke hospital setiap masa untuk breastfeeding... Alhamdulillah...hari ke 4 kuningnya turun dan esoknya dah keluar dari wad. Ketika bayi, Ameer seorang yang mudah dijaga...tak banyak karenah dan ragamnya.

Menurut kata doktor, berkemungkinan bayi yg ada jaundis tinggi akan mengalami masalah lambat dalam pembelajaran...lambat di sini bukan bererti tidak pandai ye puan...kata doktor pada daku...(doktor tak de sebut pon istilah late bloomer ni...kalau tak...mungkin boleh tahu lebih awal lagi...atau ada... daku yang tak perasan..sebab dah dengar perkataan 'lambat')

Pernah jugak tanya dengan doktor lain dan katanya...berkemungkinan ada abjad yang dia tak boleh tangkap...itu yang menyebabkan dia lambat bercakap...perlu pergi buat terapi...


KISAHNYA BEGINI,

Ketika berusia 3 tahun...Ameer masih tak boleh bercakap....bercakap hanya satu perkataan je...cth, 'bibu (ibu)'...'asi (nasi)'...selebihnya hanya angguk atau geleng menunjukkan faham apa yg kita maksudkan atau arahkan.

Bila berumur 4 tahun, baru dia boleh mengabungkan 2 perkataan...contoh 'nak susu'...sungguh pun begitu...Ameer seorang yg sangat banyak mulut bila bersama keluarga....peramah dan sentiasa bercakap, itu yang abang-abangnya suka...tapi masalahnya kami langsung tak faham sebutir apa pon yg dia cakapkan....bila Ameer bercakap dengan lebih 2 patah perkataan...sebutan dia langsung tak jelas...laju...tak dengar bunyi ayat...ntah bahasa apa...kedengaran seperti satu bahasa asing! dan bila kita tanya... Ameer akan copy paste perkataan kita balik!

Yang sedihnya, Ameer sedar dan tahu yang dia tak boleh bertutur seperti orang lain...di luar rumah dia jadi pendiam....pernah terjadi anak jiran sebaya dengannya datang bermain...budak tu dah jelas cakapnya...anakku ni pon kononnya nak berbual sama...budak tu tanya balik "awak cakap apa?"...sambil senyum, Ameer kata, "tak pe..tak pe.." then terus dia buat hal sendiri...

Bila dia selalu copy paste perkataan...kami selalu bukakkan tv Astro chanel Disney Junior tu...alih bahasa melayu...ada masanya Ameer akan copy paste perkataan yang dituturkan oleh watak-watak kartun tersebut...mujur rancangan kartunnya memang banyak untuk belajar...jadi ayat-ayatnya penuh sopan santun...kalau kami tak tukar alih bahasa...mungkinkah sekarang dia akan berbahasa Inggeris?

Alhamdulillah...di usia dia 5 tahun sekarang ni....dia dah boleh bercakap dengan baik dan lancar...walaupun gaya pertuturannya tak kedengaran seperti budak berusia 5 tahun...dan barulah kami perasan...dia tak boleh sebut perkataan yang ada G di belakangnya...abang jadi abam...belakang jadi belakam...burung jadi burum...tapi kalau kita tunjuk huruf G dia boleh sebut...

Ameer juga tidak menghafal abjad A hingga Z...jadi kalau sesiapa suruh dia nyanyi A B C hingga Z...dia memang tak tahu...TAPI dia kenal hampir semua abjad-abjad tersebut...padahal daku tak de ajar dia...mungkin dia belajar dari rancangan WORLD WORD kat Disney Junior channel tu..(Alhamdulillah)

Dan sekarang dia sedang minat pada sesuatu... insyaallah... sampai masanya akan kami kongsikan...


SATU KELEGAAN

Setelah saya mencari sedikit informasi “late bloomer” ini di internet, ada satu perkara yang cukup ‘melegakan’. Rupanya, sejumlah orang hebat seperti Thomas Edison dan Albert Einstein tergolong "late bloomers”.

Mungkin Ameer tidak menjadi sehebat seperti mereka...siapa tahu...dia ada menyimpan bakat yg luar biasa seperti kanak-kanak yang lain juga. Daku dah faham sekarang...nampaknya dah boleh menarik nafas lega....dan tak perlu risau tak tentu pasal lagi...



APA ITU LATE BLOOMER?

Biasanya, terma ini dipakai untuk merujuk pada bayi atau anak kecil yang pertumbuhannya relatif agak lambat dibanding anak lain dalam  usianya. Namun, lazimnya, anak seperti ini boleh mengejar ketertinggalannya pada usia tertentu. Mereka ni, bila dah ‘bloom’, biasanya akan jadi lebih hebat dari orang lain.

Late bloomer juga adalah istilah yang digunakan kepada orang yang lambat nak develop, atau dalam ertikata lain, agak lembab berbanding orang lain dalam umur yang sama, tertinggal dibandingkan dengan perkembangan sebayanya. Perkembangan fizik, kecerdasan atau bakatnya tidak nampak sampai pada satu tahap usia tertentu.


Ramai orang hebat yang asalnya adalah late bloomer. Contohnya Albert Einstein. Beliau lambat bercakap. Umur 4 tahun baru boleh cakap. Tapi akhirnya Einstein menjadi seorang saintis yang sampai hari ni orang masih guna teori relativitinya. Thomas Edison yang cipta mentol lampu pun dulu asyik kena marah dengan cikgu di sekolah disebabkan kelembaban yang tidak dapat dimaafkan. Akhirnya beliau berhenti sekolah dan ibunya mengajar beliau di rumah saja (homeschool).

Walaupun mereka yang tersebut di atas dikatakan ada masalah seperti autisme pada Einstein dan ADHD (hyperactive) pada Edison, tapi ternyata keadaan mereka semasa kecil tu tidak mempengaruhi dan tidak memberi maksud bahawa sampai ke tua pun mereka bermasalah.

I am not what happened to me,
I am what I choose to become.
- Carl Jung










Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...