6 Sebab berbohong
1. Untuk melindungi diri sendiri dan dijadikan sebagai perisai...tak nak kena marah...tak nak kena hukuman...tak nak kena bagi penjelasan...dan tak nak kecewakan ibu bapa apabila tidak dapat memenuhi harapan...
2. Sebagai bentuk penafian bagi mengelak sebarang kerumitan kemudian hari kerana mereka tak mahu dikaitkan atau meninggalkan sebarang kenangan atau memori...
3. Berbohong utk mendapatkan ganjaran.
4. Apabila kerap dipanggil pembohong atau penipu..maka mereka boleh memulakan satu pembohongan supaya mereka boleh dipercayai.
5. Mengikut contoh kerana dipengaruhi faktor sekeliling.
6. Mengetahui yang mereka akan dimarah apabila membuat silap.
Perlu jujur & telus
Sedar atau tidak...ibu bapa sendiri yang mengajar anak bercakap bohong. Kita pon suruhlah si anak bgtau kat orang yang kita tak ada di rumah...hanya utk mengelak tidak mahu bercakap atau bertemu dengan jurujual misalnya...atau kita tidak memberitahu umur sebenar anak bagi tujuan mendapat tiket wayang/kos bayaran taman hiburan dengan lebih murah...dengan bangganya kita pon kata, "terer tak ayah?"...
Jangan mematikan setiap kesilapan yg dilakukan oleh anak.
Jika mereka datang memberitahu perkara atau kesilapan yang sebenar,
jangan sesekali bersyarah, memarahi, membebel,
sebaliknya...
berterima kasih kepada mereka kerana memberitahu perkara sebenar.

Comments
Post a Comment