Skip to main content

POK ASIM YANG BAIK HATI

Pagi-pagi ku terkejut dengar bunyi orang ketuk pintu...ingatkan cik suami balik sakit perut ke atau tak sihat...rupa-rupanya Pok Asim datang nak mesin rumput...macam biasa dia suruh daku alihkan kereta ke tempat selamat...

Sementara tunggu dia siap, daku tinjaulah kejap pesbuk...alih-alih bunyi motor pergi...ku jenguk ingatkan dia alihkan motor...eh...dah tak ada...rumput dah siap di mesin....tapi orangnya dan motornya dah tak ada...

Pok Asim ni selalu macam ni...dibagi upah...dia tolak...kalau amik pon dia pulangkan separuh...

Alahai pak cik...buat daku makin serba salah...

Nak tau kenapa Pok Asim ni enggan terima duit daku...bukan sebab duit daku tak laku....

Tapi inilah ceritanya....


Pecah terkena batu, masa Pok Asim mesin rumput bulan 3 lepas...

Selepas kejadian itu...Pok Asim datang macam biasa mesin rumput dan dia tak nak amik langsung upah...3 bulan jugaklah macam tu...langsung tak nak amik upah...dipaksa amik dia tetap tak nak...lama-lama bila dipaksa (kalau anak bujangku ada di rumah, daku suruh dia paksa Pok Asim terima)...baru dia amik itu pon separuh je...pernah jugak dia datang masa daku tak ada kat rumah...tengok-tengok dia tengah mesin rumput...dapatlah daku paksa dia terima upah...

Daku tahu dia rasa bersalah...dan daku pon jadi serba salah jugak...bila dia tak nak terima upah...nak panggil orang lain...tapi daku suka dan senang dengan dia...padahal bukannya berbual pon dengan dia...

Lagipun cermin kereta ini dah dicover insuran...jadi daku tak keluar sesen pon duit untuk ganti cermin baru...

Nampaknya duit upahnya tu daku simpan dulu...tunggu bulan depan dia datang lagi...nak g rumah dia daku tak tahu...dibagi message tak di balasnya....alamak! selalu lupa nak catat no plat motornya...

Sebelum terjumpa Pok Asim ni...daku dah pernah kena tipu dengan pemesin rumput yang lain...baki duit daku tak dipulangkan...tak pelah...daku pon dah lama halalkan...

Bersyukur kerana ditemukan dengan orang yang baik-baik & bertimbang rasa...mudah-mudahan Pok Asim sekeluarga dimurahkan rezeki & selalu dalam rahmatnya...









Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...