1.Berkata-kata dengan sengaja Kata-kata dimaksudkan selain daripada bacaan AlQuran, doa & zikir. Kata-kata dianggap yang membatalkan solat ialah kata-kata yg mengandungi dua huruf atau lebih walaupun tidak memberi apa-apa pengertian. Turut terbatal dgn satu huruf yg mempunyai makna. 2. Melakukan perbuatan yg banyak Dimaksudkan ialah pergerakan yg banyak dan berturut-turut selain drpd perbuatan solat kerana ia bertentangan dgn peraturan solat. Ukuran perbuatan banyak yg membatalkan solat ialah 3 kali pergerakan dan lebih. 3.Terkena najis pd pakaian atau badan Syarat sah solat ialah suci badan dan pakaian drpd najis. Apabila najis kena mana-mana bahagian pakaian atau badan orang bersolat, solatnya batal jika najis itu tidak dibuang dengan segera. Namun, jika terkena najis yg ditiup angin dan sebagainya serta dapat dibuangkan dengan segera kerana najis itu kering, solat berkenaan tidaklah batal. 4. Terbuka aurat Seseorang dengan sengaja membuka auratnya k...