Skip to main content

CERITA DI SEBALIK SOYA

Kita selalu disarankan utk mengambil minuman/produk berasaskan soya
terutama sekali bagi ibu-ibu yang hamil
masing-masing teruja utk memiliki kulit baby yang putih cerah & mulus.


 Utk pengetahuan beberapa produk supplement berasaskan soya mengandungi bahan kimia yang merangsang hormon wanita, sebab tu kot kalau minum ni kulit jadi cantik, rambut lembut, berseri, boleh tegangkan kulit & breast... itu yang  ramai rasa nak try...

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Tepuk dada tanya selera..





PENGENALAN SUSU SOYA
Susu soya samada susu tepung atau susu soya fresh, selain masalah GMO yang selalu menjadi isu, soya juga banyak mendatangkan keburukan. Soya walaupun kaya dengan protein, cuma disarankan ambil dalam kuantiti yang sedikit dalam seminggu (2 kali seminggu).
Isu keburukan soya ini tidak termasuk makanan berasaskan soya yang telah tertapai seperti tempe atau kicap.

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan 
wanita.

2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan
dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA:
2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia(*1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone(*2).

(*1) : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.
(*2) : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.
Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid(*3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(*3) : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin(*4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(*4): link hemaggluttin inilah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya.

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: 
Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: 
Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim al-Maranji

==================================================================

Ditegaskan di sini, kita bukan kata soya itu 100% tidak bagus, masih ada khasiatnya, TAPI ia bukan makanan yang perlu atau boleh diambil setiap hari, bila ambil setiap hari dalam bentuk apa pun lagi-lagi susu tepung atau supplement , walaupun non GMO, walaupun dalam kuantiti yang dikatakan sedikit, pengambilan berterusan setiap hari itulah yang membahayakan kesihatan kerana isu-isu dibincangkan sblm ini..

Soya juga mengandungi phytate.  Phytate berlebihan akan membawa mudharat pada tubuh kerana ia akan menganggu penyerapan zat mineral dalam tubuh seseorang dan akibatnya badan akan kekurangan mineral yang sgt penting seperti magnesium, kalsium etc 

Soya yang baik adalah dalam bentuk fermented seperti tempe. 



The Whole Soy Story by Dr. Kaayla T. Daniel 




Sumber  dari Facebook :
GRUP NUTRISI REMEDI ALAMI MALAYSIA (GNRAM)




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...