Skip to main content

MEE GORENG ALA MAMAK

Photo: 'Saya suka makan mee yg sedap'..
Step 1: buang perkataan 'suka'- (sila baca semula)
Step 2: buang perkataan 'suka' & 'makan' plk - (baca, jgn malas)  
Step 3: buang perkataan 'suka' 'mkn' &'sedap'- (jgn nk ngelat...baca kekuat...) :P
Mee goreng ala mak mamak..^_^

Photo
Pes mee goreng...buat lebih..simpan dalam esbok.
.nanti nak masak mee senang citernya

PES MEE GORENG

bahan kisar:
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 genggam lada kering
segenggam udang kering

1/2 cawan sos cili/tomato
1/2 cawan kicap 
4 sudu besar gula
2 stok kiub ayam
garam
1/3 cawan minyak masak

cara :
 Tumis bahan kisar sehingga kering & pecah minyak 
masukkan kicap, sos, kiub ayam, gula - tumis lagi 
sehingga agak pekat & sambal menjadi agak gelap 
 api sederhana sahaja.

* sambal ni masak nya agak lama, lagi lama lagi sedap tapi kena kacau selalu 
 simpan dlm bekas tertutup 
karang nak masak mee mudah...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
MEE GORENG ALA MAMAK

(sorang makan)
segenggam mee kuning + lebih sikit
kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong
isi ayam dipotong dadu dan sotong 
telor 

caranya :
masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak
masukkan 1 1/2 - 2 senduk  pes mee goreng 
masukkan sotong, ayam 
masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam
masukkan mee kacau semua 
buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji telor
biarkan sebentar kacau telor tu dan kacau sekali ngan mee
masukkan tauge gaul sebati dan terus angkat 
hiaskan dengan cili potong, bawang goreng, daun bawang dan limau nipis


haa...mudahkan...tak yah masak lama-lama sebab pes tu pon memang dah masak kan...
hepi cooking!


 

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...