Skip to main content

SI KAKI PENIPU


Semua orang pasti pernah berbohong...kiranya manusia dengan pembohongan tidak pernah berkesudahan...bak kata orang..lumrah manusia.

Ada yang menipu bagi tujuan kelangsungan hidup atau ikhtiar utk kehidupan, menipu untuk kepuasan dalaman, menipu utk mendapatkan perhatian, menipu mengelakkan menunaikan sesuatu tanggungjawab dan menipu sebagai tabiat.

Kajian menunjukkan secara purata orang dewasa akan bercakap bohong atau menipu sekurang-kurangnya sekali sehari. Bagaimanapun orang muda didapati lebih ramai menipu berbanding individu lebih berumur

Bagaimana mengetahui anda sudah dibohongi? Mungkin ini boleh dijadikan sedikit panduan.


1. Tiada hubungan mata
Individu berbohong kurang memandang mata anda sewaktu berbicara. Seboleh mungkin mereka akan 'melarikan' pandangan matanya drpd anda. 


2. Suka perkataan tidak
Pembohong suka menggunakan perkataan 'TIDAK', sedangkan ia adalah percubaan yg salah. Ini kerana pada penghujung cerita, si pembohong banyak berbelit dalam 'cerita rekaannya itu'. Mereka juga suka bertanya 'di manakah anda mendapat maklumat itu?'. Sedangkan dalam pertanyaan itu, dia sebenarnya sedang cuba 'meneka-neka' jawapan tertentu.


3. Bahasa badan yg aneh dan pelik
Mereka tidak tenang, kerap berkelip mata, kurang tersenyum dan nada suara yg tidak menentu. Paling ketara, mereka 'bermain' dgn apa yg ada berdekatan dengannya, termasuk kunci kereta atau kerap menyentuh bahagian anggota badan seperti hidung, muka atau jari tangan.


4. Maklumat tambahan
Suka memberi maklumat tambahan walaupun tanpa ditanya. Mereka memikirkan dgn cara itu cerita mereka menjadi lebih kukuh, sekaligus diyakini. Malangnya orang yg mendengarnya akan berasa 'cerita rekaannya' itu adalah semakin rumit dan tidak diyakini.


5. Mempertahankan diri
Pembohong sangat suka mempertahankan pendapatnya dan sangat marah sekiranya anda mempertikaikan jawapan atau pendirian diberikan. Orang yg bercakap benar pula, lebih mudah menerima kritikan dan pandangan orang lain terhadap dirinya.


6. Berlebih - lebihan
Gemar bercerita secara berlebih-lebihan. Sebenarnya ada baiknya juga, kerana pada waktu lain anda boleh bertanya lagi mengenai ceritanya yang berlebihan itu dan sekiranya cerita itu tidak sama, sahlah memang dia kaki penipu.


7. Kelip mata
Suka berkelip mata secara berlebihan, sehinggakan kita sendiri sukar melihat ke arah matanya sewaktu bercakap. Matanya juga gemar memandang ke atas, bawah atau kiri dan kanan. Kelopak mata juga cenderung untuk tertutup lebih lama dari biasa.


8. Berpeluh
Sesetengah individu lebih banyak mengeluarkan peluh sewaktu berbohong. Ia dijadikan salah satu ukuran dalam ujian mengesan pembohongan. Segelintir pula mukanya cepat merah, mengeletar dan sukar menelan.


9. Mimik muka
Mimik muka mereka cepat berubah. Mungkin senyum seketika dan berubah tidak senyum selepas itu.


10. Ulang cerita
Pembohong selalunya sukar mengingati semula cerita yang pernah direka. Mereka mungkin akan berasa tidak selesa dan cuba mengelak daripada melakukannya.


Siakap si nohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama-lama mencuri


Sumber BH 15 APRIL 2014




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...