Alhamdulillah, setiap tahun kita diberi peluang 2 kali utk memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat yang telah Allah Subhanahu Wata’ala tentukan dengan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). Bilakah Istiwa A’zam berlaku? Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada: 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang 1. Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata. Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang. 2. Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari. 3. Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang me...