Skip to main content

JANGAN BAGI DULU MADU ITU


Kenapa madu tidak sesuai untuk bayi bawah umur setahun? 

Sebelum anda mengatakan ini teori konspirasi, atau cuma agenda pihak-pihak tertentu memburukkan makanan sunnah, sila bukakan minda seluasnya untuk meneruskan pembacaan dengan mengambil kira beberapa perkara ini :

*Bagi sesiapa yang mahu melakukan amalan bertahnik, tidak menjadi masalah, kerana bertahnik cuma mencalitkan sedikit madu pada lidah anak, bukan beri makan atau minum hingga sesudu madu.

*Ditegaskan bahawa, madu memang makanan sunnah dan sedia maklum khasiatnya, artikel ini tidak mengatakan bahawa madu itu membawa keburukan sepenuhnya, namun kami cuba menyampaikan sesuatu maklumat berdasarkan kajian terkini.

*Di dalam al-Quran telah disebutkan banyak lagi makanan sunnah sebagai penawar, Buah Kurma, Buah Delima, Habbatussauda, Susu Kambing , Buah Zaitun dan lainnya juga sangat berkhasiat, jadi tiada apa kurangnya jika menunggu anak sehingga berumur 1 tahun baru diberi madu.

*Jika apa yang mahu disampaikan ini teori konspirasi, maka adalah sia-sia pihak pengeluar madu ternama di luar negara iaitu Madu Manuka sentiasa menulis di label botol produk mereka 'tidak boleh diberi untuk bayi 1 tahun ke bawah' , bukankah lebih untung pada mereka jika tulis 'boleh digunakan oleh semua peringkat umur'

PENGENALAN
Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang boleh menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.

Spora ini sangat sukar dibunuh juga ianya tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apakah “botulism”?
Botulism akan menyerang sistem saraf yang boleh menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan. Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simptom-simptom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy,weakness)

3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)

4. pertukaran nada nangis(altered cry)

Kebiasaannya, simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. JIka muncul simtom-simtom ini segeralah menghubungi pakar kanak-kanak atau doktor anda. Jika tidak segera mendapatkan rawatan, simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan, kaki, badan dan otot pernafasan

Bagaimana pula dengan orang dewasa?

Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa. Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.


Sumber : Grup Nutrisi Remedi Alami MALAYSIA
https://www.facebook.com/groups/GNRAM/

Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara