Skip to main content

JAUNDICE BABY DEMAM KUNING

Cerita lama...6 tahun yang lepas...(malangnya tak ada gambar)
saya punya pengalaman anak mengalami demam kuning yg tinggi...
hari ke 3 dilahirkan... nurse yang datang ke rumah utk check kondition ibu ngan baby sekali tu, nasihatkan supaya bawa ke klinik, walau pon tak nampak sangat kuningnya tapi baby sangat-sangat kurang menyusu...
tak bertangguh esoknya ku bawak g klinik....mujur ku dengar nasihat nurse... walau tak nampak sangat kekuningan tapi bacaan dah 263!!..surat dikeluarkan dan diminta terus ke hopital.

Baby kena tahan dan kena letak pada lampu atas dan bawah...
sepanjang ditahan tulah..saya berulang alik ke hospital utk breastfeeding...
pagi...ptg...malam...sedih tgk baby hanya pakai diaper je...mesti dia sejuk...masa bf dia je dapat diselimutkan..pastu kena tanggalkan balik...
nak buat macamana...dah gitu prosudernya...

Hari ke 3 baby ditahan di wad, doktor nak jumpa kami...bermacam-macam persoalan dan macam-macam yg difikirkan...yang pasti semuanya negatif...

Doktor suggest utk melakukan pertukaran darah...oh maiiii...
tak sanggup...memang tak sanggup...satu pilihan yang amat sukar....
mujur ada suami...dia berbincang dan berbincang...bertanya semua kemungkinan dan persoalan dengan doktor...
akhirnya suami buat keputusan dan bertegas...yang dia akan menanggung apa saja akibatnya....dan dia minta doktor teruskan dengan rawatan lampu saja....(ketika ini daku sangat kecewa dan sedih dgn keputusan suami...tapi ku pasti dia lebih tahu sebab dia yang dok berdiscuss bagai dengan doktor...ku pasrah je..)...dan kalau sebelum ini..lepas breastfeeding daku pulang ke rumah..dan akan datang lagi utk meyusukan semula...
tapi kali ini daku berkampung sepanjang hari di hospital...malam barulah daku pulang ke rumah...jadi setiap 2 3 jam menyusukannya...
Alhamdulillah...akhirnya...bacaan semakin menurun dan menurun...
hari ke 5 baby dah boleh keluar wad!!...syukur yang amat...

Sekarang baby tu dah masuk tadika pon..sihat...boleh membaca suku kata... mengira (dia mengira dalam bahasa inggeris)...menulis...melukis...syukur tiada masalah apa-apa...cuma agak slow sikit berbanding usianya...doktor memang ada bagitau...dia mungkin slow TAPI bukan bererti dia tak pandai/lembam...cuma perkembangannya mungkin agak lambat berbanding kanak-kanak lain yang seusia dengannya...

Pada ibu-ibu yang mengalami anak demam kuning...tenangkan diri...emosi anda boleh dirasai oleh baby..serius..ini semua berdasarkan pengalaman saya.

1. Beri anak sekerap yang mungkin SUSU IBU bukan air kosong...bukan susu formula..bukan susu kambing...kejut dan paksa baby nyusu...walau sekejap tapi perlu kerap. Lepas breastfeeding...jangan dok ulik-ulik baby...terus letak semula ke tempat dia...tanggalkan semula selimut...anda perlu bertanggungjawap... buat sendiri dan tak boleh harapkan nurse yang pantau...

2. Ibu yang perlu makan penawar bukan baby...samada susu kambing, sengkuang cina, halwa kundur atau apa yang bagus dan perlu dan anak akan dapat serap segala khasiat penawar itu melalui SUSU IBU.

3. Ibu perlu elakkan makan jamu sementara waktu selagi anak belum pulih sepenuhnya dan harus makan makanan berkhasiat dan seimbang. Lupakan sementara waktu utk berpantang...just berpantang luaran je lah...

4. Jangan malu jangan segan jangan berat mulut...bertanya dan bertanya sentiasa dapatkan maklumat yang jelas dari doktor sebelum membuat apa-apa tindakan dan keputusan.

#sejak aritu I hate yellow kaler...sekarang dah boleh terima sikitlah kaler yellow tu...(apalah..bukannya ada kena mengena pon kan...hihihi..)



==============================================



NEONATAL JAUNDICE DAN PERAWATANNYA
Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

APA ITU JAUNDICE (KUNING)?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Ya... sekarang anda tahu kenapa air kencing anda berwarna KUNING!!).. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu (Ya.. sekali lagi anda sudah tahu apa fungsi hempedu dan kenapa najis anda bewarna coklat-keKUNING-kuningan!!)..

MENGAPA KEBANYAKAN BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN?
Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama.

1. Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.

2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.

APAKAH PENYEBAB LAIN JAUNDICE?
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).

Antara penyebab lain :-
Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)

ADAKAH JAUNDICE MERBAHAYA?
Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta. Ketika di Institut Paediatrik, HKL, saya sendiri pernah melihat bayi dari satu keluarga cina mengalami sawan kerana kernicterus. Datang selepas 1 minggu kuning. Menakutkan...

APAKAH PERAWATAN UNTUK BAYI KUNING?
1. Phototherapy (Terapi lampu)
Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan :-
Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm - 50 cm daripada bayi
Buka semua baju bayi kecuali lampin
Tutup matanya
Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan.

2. Exchange Transfusion (ET)
ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam. Semasa saya bertugas dahulu di bahagian paediatrik, ini adalah satu prosedur yang kalau boleh paling saya tidak sanggup lalui.
Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi! Itu untuk seorang bayi!. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
Bagi seorang doktor, prosedur ini sangat sukar kerana ia dijalankan pada waktu orang lain sedang tidur, anda berseorangan ditemani oleh seorang bayi (paling kurang... kalau ada jururawat yang temankan atau tolong buat anda kopi pun best jugak kan... tapi...) dan ia prosedur yang sangat-sangat perlahan untuk mengelakkan komplikasi

CAHAYA MATAHARI VS PHOTOTHERAPY?
Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?
Ada yang berkata, "kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun... " atau "Buat apa kau nak siksa budak kecik tu... masuk hospital... letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini... letak je bawah matahari.... "
Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.

Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibu-bapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.

Kenapa Phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah.

Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?

Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?

Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah.

Keputusan untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah.

Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.

SUSU KAMBING VS SUSU IBU?
Terdapat pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang dialami oleh bayi. Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat mengatakan bahawa ini adalah petua orang tua-tua, cara tradisional atau mengatakan ia adalah satu keajaiban. TIDAK ADA PENJELASAN SECARA SAINTIFIK.

Malahan, petua berjemur bawah matahari pagi mempunyai penjelasan yang lebih saintifik berbanding cerita susu kambing. Diharapkan ia bukan taktik penjual susu kambing untuk meraih keuntungan.
Apa yang ada pada susu kambing menjadikan ia begitu ajaib? Jika ada kajian tentang susu kambing, saya yakin ia tidak ada perbezaan yang besar dengan susu ibu atau susu lembu.
Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi. Malahan, susu kambing mempunyai zat-zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi.
Ada yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan, dinyahkuman atau dimasak!. Memberi susu kambing mentah yang tidak pasti status kebersihannya mengundang bahaya kepada bayi.
Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu.
Jika susu lembu yang telah bertahun-tahun digunakan itu pun boleh menyebabkan allergi kepada bayi, bagaimana pula susu kambing? Alahan boleh membawa maut! (Baca artikel ini oleh Pusat Racun USM)

Secara fisiologi, kekuningan bayi akan hilang selepas 5-6 hari walaupun dia tidak diberi minum susu kambing. Sekiranya bayi diberi minum susu kambing pun, kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus. Jadi tidak ada bezanya secara perbandingan.

Saya harap artikel ini boleh membantu anda meneruskan kehidupan anda dengan sedikit pengetahuan yang dapat dikongsi bersama. Apa pun keputusan anda sekiranya anda menghadapi masalah seperti di atas adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan anda sendiri.

Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju. Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Wallahu A'lam.

Sumber : http://drazwan.blogspot.com/2007/11/neonatal-jaundice-dan-perawatannya.html








Comments

  1. Terima kasih sangat bermanfaat. Minta izin share sis zura...

    ReplyDelete
  2. another alternative utk rawatan bayi kuning (jaundice) ialah menggunakan phototherapy rawatan dirumah. Saya pernah menyewa phototherapy utk anak buah yg kena kuning lepas lahir dari satu syarikat bumiputra..sangat berkesan, yg best tidak ada panas dan no side effect pada kulit baby. Mereka memnawarkan sewa LED Phototherapy. After 2 days , hospital confirm bacaan jaundice baby turun to normal...Alhamdulilah. Saya share contact bagi siapa yg memerlukan sewa phototherapy.. ..www.hometherapyy.com 0123404007 or 0163404626

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...