Skip to main content

RESEPI : NASI AYAM CLAYPOT LAGI

Yang ini lagi sedap dari resepi yang lama tu
semalam ai dah cuba buat utk bukak pose

ai tak guna claypot sebab tak ada
(time nak guna baru hengat nak beli..kannn)
sempat sangat kalau nak gi beli
TAPI
bukan boleh guna itu jam jugak
harus retak periuk
sebelum guna claypot kena isi air dalamnya dan biarkan semalaman
ulang hingga 2 @ 3 @ 4 kali..baru boleh guna...
claypot jangan dibasuh dengan sabun ye...
menyerap ke dalam... makan sabun karang...

NASI AYAM CLAYPOT

2 cawan beras wangi (ai guna beras biasa je)
3 bawang putih
5 cendawan shitakee kering
 (rendam dgn air panas..nanti dah kembang potong 4..basuh dan diramas2...
rendam semula dgn air bersih...ulang banyak kali bagi buang rasa masin...)
5 cili kering
(potong2 dan rendam ngn air biasa je)
ikan masin tenggiri jeruk (optional)
1 biji telur (optional)

Perapan ayam
1 mangkuk besar ayam potong kecik-kecik
3 bawang putih tumbuk hancur
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 in halia mayang halus (lebihkan sikit pon tak apa)
*perap ayam dengan bahan-bahan atas 1/2 jam simpan dlm esbok peti ais*

cara kaedahnya:
tumis 3 bawang putih (ketuk)
masukkan cili kering tumis hingga agak garing
masukkan ayam perapan tadi, masak hingga masak
masukkan 1 kiub ayam (optional)
dah masak baru masukkan cendawan, kacau rata
tutup api, ketepikan

Kicap curahan:
4 sudu besar air masak
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecik minyak bijan (tak yah penuh-penuh)
2 sudu jus halia
(tumbuk hancur halia...taruk sikit air..biar terendam kejap..agak2 dah meresap..perah jusnya)

dah siap tu baru tanak nasi
*walau masak tak guna claypot tapi ai tanak nasi atas dapur ye..
terer kannn..hihi*
beras dah basuh..sukatlah air
(utk makluman..kalau tanak nasi atas dapur...air kena bagi lebih sikit)
bila air hampir kering (lembap), curah ayam tadi atasnya
tutup dengan penutup, api slowkan sampai nasi tanak elok
*make sure...masa ni bawah periuk alas dgn tutup periuk yg lain..tapi kalau guna claypot tak perlu*
pastu baru curahkan kicap curahan, tutup balik penutup
biarkan sekejap
*ekceli nasi ayam claypot ni sampai berkerak lagi sedap*
hiaslah dgn daun bawang
siap

kalau nak guna ikan masin jeruk tu..lepas letak ayam..susun ikan tu atasnya
kalau nak telur... pecahkan telur atas ayam-ayam tersebut
faham tak ni...




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...